Isnin, 5 Oktober 2009

TIGA REMAJA

Di sebuah kg ada 3 org remaja yang suka

lepak. seorang tu nama dia Sanusi, seorang tu Fakhrul dan

seorang lagi Usop. Aktiviti seharian depa ni

menybbkan tok imam tak senang duduk.

pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak

tarbiyah depa ni. Maka berlakulah

beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau

waktu Maghrib nanti. Si Sanusi pun berkata“Tok imam

ingat eden semuo ni jahil sangat ke? Takpa, nanti

eden semuo buktikan yang eden semuo bukan lah

jahil sangat seperti yang disangkakan”.

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah

malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Sanusi

azan. Tanpa berlengah terus saja Sanusi azan, “Allah

Ta’ala… Allah Ta’ala…” dengan segera tok imam


merampas mikrofon daripada Sanusi & menyuruh tok

bilal azan semula. Terselah kejahilan Sanusi.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam

pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun

satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun

tak khusyuk juga lagi.. Masuk saja kali ketiga,

Fakhrul panggil tok imam. “Tok, tok duduk kat

belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun

undur lah ke belakang.

Fakhrul pun angkat lah takbiratul ihram.

“Allahu akbar!” Maka para

makmum pun ikut angkat takbiratul ihram &

memulakan solat. tiba-tiba saja si Fakhrul ni pusing

ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee

tokkkk!!” lalu batallah solat Fakhrul.yang lain-lain

pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun minta pulak si Usop jadi

imam. Si Usop pun terus ke

depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir

sampai lah habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali.

Punyalah respect tok imam kat si Usop niii… Lepas

solat, tok imam pun puji-memuji leee si Usop ni…

Tapi dengan bongkaknye si Usop berkata,“He hee,

itu belum ambil wuduk lagi tu.

Kalau tak, lagi dassat eden sembahyang.

He heee…”

Pengikut

Template by : kendhin x-template.blogspot.com