Ahad, 11 Oktober 2009

BERBAKTI KEPADA AYAH BONDA

BERBAKTI KEPADA AYAH BONDA

Ustaz Muhammad kelihatan tenang melangkah masuk ke tingkatan Satu Mulia. Pelajar-pelajar bersedia menanti kedatangan guru yang mereka sayangi kerana merasakan Ustaz Muhammad banyak mengambil berat tentang diri mereka samada mengenai solat, ibadat malahan perkembangan sahsiah mereka sendiri.

Ustaz Muhammad “ Assalamualaikum pelajar-pelajar semua”.

Pelajar-Pelajar “ Waalaikumussalam warahmatullah ustaz”.

Ustaz Muhammad : Ahmad baca doa mula belajar

Ahmad membaca doa, pelajar-pelajar lain mengaminkannya.

Selepas membaca doa memulakan pelajaran ustaz Muhammad bertanya :

Ustaz Muhammad. “ Siapakah diantara kamu yang bersalaman dengan ibu bapa sebelum datang ke sekolah hari ini?”


“ Saya Ustaz”, 20 daripada 25 pelajar menjawab dengan suara yang lantang.

Ustaz : “ Siapa sayang kepada kedua ibu bapa?”

Pelajar: “Saya ustaz” serentak 25 pelajar daripada kelas itu mengangkat tangan dan menjawab dengan lantang

Ustaz: “Alhamdulillah inilah sepatutnya sikap anak yang baik dan soleh” .

Ustaz: “InsyaAllah hari ini kita akan belajar tajuk Berbakti Kepada Ayah Bonda”.

Ustaz: “Fahmi! apa yang awak faham makna berbakti kepada kedua ibubapa?”.

Fahmi :”Berbakti kepada ibubapa bermaksud berbuat baik kepada mereka semasa mereka masih hidup atau mati”.

Ustaz : Fatimah, apa dalil al-Quran seseorang anak itu wajib berbuat baik kedua ibu bapa.

Fatimah: Dalilnya ialah ( Surah al-Isra’ ayat 23 ) : yang bermaksud:

“ Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadap kedua ibu bapa, jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sekalipun perkatan “Uf” dan janganlah engkau menengking mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”.

(Surah Luqman – ayat 14): maksudnya :
“Dan kami (ALLah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya . Ibunya telah mengandungnya demi menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempuh menceraikan penyusuannya selama dua tahun , bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu.”

Ustaz: “Bagus Fatimah”

Aminah : “ Ustaz, bagaimana cara kita berbakti kepada kedua ibu bapa?”

Ustaz : “Bagaimana pandangan anda Yusuf?”

Yusuf : Antaranya ustaz , ialah :

* Mentaati perintahnya kecuali perkara maksiat

* Sentiasa berbincang dan meminta izin untuk melakukan sesuatu

* Menjaga makan minum mereka setelah mereka tua

* Belajar bersungguh-sungguh

* Tidak melakukan apa yang dibencinya

* Sentiasa menolong nya didalam melakukan pekerjaan

* Sentiasa mendoakan kesejahteraan keduanya

* bercakap secara lemah lembut dan tidak meninggikan suara

* Tidak melukai hati mereka

* Tidak mengganggu mereka
    >semasa bercakap,
    >berbual-bual,
    >semasa tidur
    >bekerja/ sibuk urusan peribadi
    >makan minum
    >berihat
* Sentiasa mentaati Allah dan RasulNya
* Menyahut panggilannya
* Menjaga maruah kehormatan diri dan keluarga.

Ustaz : “Bagus Yusuf .Itu tanda anak yang soleh”.

Ustaz : “Mohammad Lutpi, kenapa kita wajib berbuat baik kepada ayahbonda?”

Mohammad Lutpi : Kepada ibu kerana :

* ibu mengandung kita

* ibu menanggung kesengsaan ketika mengandung

* Ia melahirkan kita

* Menyusu kita

* Mengasuh dan mendidik kita

* Memberi kasih sayang

* Menjaga kita sehingga besar

Ustaz : “Bagus, bagaimana pula dengan ayah wahai Saudah?”

Saudah: Kepada bapa kerana:

Bekerja mencari rezki

Memberikan perbelanjaan makanan, pakaian dan perbelanjaan sekolah kita

Memberikan kasih sayang

Memberikan perlindungan kepada kita

Sentiasa mendorong kita untuk belajar

Ustaz : “Alhamdulillah”.

Ali : “Ustaz, bagaimana pula kita perlu beradab kepada ayah bonda kita?”

Ustaz : Adab-Adab dengan ibu bapa antaranya:

* Berbicara dengan lemah lembut

* Sentiasa menghormatinya seperti bangun ketika ia masuk

* Menciumnya pagi ,petang atau tertentu sepeti Hari Raya

* Mengucap tahniah/beri hadiah seperti hari ibu, ulangtahun dan lain-lain

* Menjaga nama , kehormatan dan harta benda mereka

* memuliakan tetamu/kawan mereka

* sentiasa meminta dan memberi pandangan yang baik

* Sentiasa mengembirakan hati mereka

* Tidak meninggikan suara/menengking

* Tidak memotang percakapannya

* Tidak memakan/ meminum makanan /minuman kecuali selepas atau makan bersamanya.

* Tidak tidur /berbaring dihadapannya

* Tidak berjalan mendahului mereka

* Tidak memasuki bilik mereka tanpa izin

* Sentiasa mendoakan mereka

Ustaz : “Adakah anda semua melakukan adab tersebut. Kalau belum beradablah ya!!!,

“Bagaimana pula seseorang itu dikatakan anak yang durhaka dan sebutkan ciri-cirinya?” . “Bagaimana pandangan anda Naimah ?”

Naimah : “Derhaka kepada ayahbonda bermaksud – Seseorang anak melakukan maksiat/ Dosa kecil atau besar dan tidak menunaikan hak dan tanggungjawabnya yang sebenar”.

Contohnya ustaz

* Memandang kepada mereka dengan pandangan hina ketika marah / mencaci

* Menganggapkan dirinya setaraf /lebik baik daripada orang tuanya

* Enggan menghormati ibubapa / Bangga diri

* Malu menyebut nama ayah bonda / Malu mengaku ayahbondanya ( ketika berpangkat / Kelurgnya miskin atau pedalaman)

* Enggan menyara kehidupan mereka di kala tua

* Menengking mereka/ Meninggikan suara

* Membantah percakapan mereka

* Menggunakan bahasa kasar/ tidak bersopan seperti aku- engkau – bodoh

Ustaz : “Luqman ,apakah balasan terhadap orang yang menderhaka kepada ayah bondanya”

Luqman : Akibatnya ialah :

Berdosa besar

Tidak berbau syurga sebagaimana hadis Nabi bermaksud : “Tiga orang yang diharamkan Allah masuk ke Syurga iaitu Tahi arak, pendurhaka kepada kedua ibu bapa dan dayus yang membiarkan isterinya melakukan perkara keji”

* Dipercepatkan pembalasannya di dunia lagi contohnya Al-Qamah yang tidak boleh mengucap ketika Nazak

* Tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya

* Dibenci oleh masyarakat


Ustaz : “Fakhruddin , mengapa berlakunya perbuatan derhaka kepada kedua ibubapa.”

Fakruddin : “Antara sebab-sebabnya ialah”

 Kurang ilmu pengetahuan

 Kurang keimanan

 Lupa balasan Allah

 Angkuh, riak dan sebagainya

Ustaz : “Alhamdullah semua pelajar faham betul cara berbakti kepada ayah bonda. Berbahagialah ayahbonda yang mempunyai anak-anak seperti kamu semua.

Pelajar-Pelajar : “Insyaallah ustaz, kami ingin menjadi “ Qurratal-a’yun” kepada ibubapa kami, mendoakan kesejahteraan mereka samada masa hidup atau selepas mati mereka”.

Ustaz : Oh!!! Siapa di antara kamu yang pernah mendengar atau membaca atau memiliki buku-buku atau majalah yang menceritakan tentang sejarah cerita-cerita yang berhubung dengan kelebihan atau contoh-contoh anak yang soleh, atau sifat-sifat berbakti kepada kedua ibu bapa atau orang-orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya.

Kamaruzzaman : Ustaz , saya ada terbaca cerita mengenai nikmat kurniaan Allah kepada seorang pemuda yang hidup di zaman Nabi Ibrahim as. Ceritanya panjang ustaz, tetapi saya ringkas lebih kurang begini . “ Seorang pemuda yang berbuat baik dan sangat mengambil berat terhadap ibubapnya . Apabila bapanya meninggal ia menjaga ibunya sehingga tua . Ia melayan ibunya sepertimana ibunya melayan beliau semasa kecil. Ia memandikan ibunya, menyuapkan makan ibunya serta sentiasa mendoakan kesejahteraan ibunya. Ibunya juga sentiasa mendoakan kepada Allah selepas matinya nanti anaknya dikurniakan ketenangan dan memberikan sebuah tempat yang bukan di dunia dan di langit.”

Doa ibunya dimakbulkan Allah , di mana pemuda tersebut telah dikurniakan nikmat hidup di suatu alam lain yang sangat fantasi. Pemuda ini dijumpai di zaman Nabi Sulaiman as”. Cerita lanjut boleh sahabat-sahabar baca cerita tersebut di dalam buku Himpunan cerita wanita dan laki-laki dlam al-Quran dan al-Hadis di bawah tajuk Kisah Nabi Sulaiman dengan pemuda yang berbakti kepada ibubapa.”

Ustaz : “ Bagaimana pula contoh orang yang derhaka kepada ibubapa Salwa?”

Salwa : “ Kita boleh ambil contoh perisiwa yang masyhur di zaman Rasulullah tentang al-Qamah yang tidak dapat mengucap sewaktu nazak kerana tidak mendapat keredhaan daripada ibunya. Al-Qamah melebihkan isterinya sehingga ibunya merasa hati dan tidak memaafkannya…..ceritanya panjang ustaz. Saya rasa kawan-kawan telah mendengar kisah ini sebelum ini.

Ustaz: “Baiklah anak-anak pelajar semua. Kita ambil contoh daripada cerita-cerita tadi sebagai pengajaran dalam kehidupan kita. Jadilah kita anak yang taat semuga kehidupan kita mendapat keberkatan daripada Allah samada di dunia mahupun di akhirat.Kita perlu sedar bahawa keredhaan Allah berdasarkan keredhaan ibu bapa kepada kita sabagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud

“Keredhaan Allah adalah bergantung kepada keredhaan ibu bapa kepada kita”

Masa pun dah habis. Pelajaran kita sampai di sini hari ini. Insya Allah berjumpa lagi besok.

Ustaz: “Assalamualaikum warahmatullah wabarakaatuh”

Pelajar: “Waalaikumussalam warahmatullah wa barakatuh.”

Pengikut

Template by : kendhin x-template.blogspot.com