Jumaat, 9 Oktober 2009

HARIMU

Assalamualaikum pembaca sekalian tidak kira sahabat handai atau sesiapa yang membaca coretan yang tidak seberapa ni. Actually tengah makan, tapi keinginan untuk menulis tiba-tiba datang. Hidup berkompaskan Al-Quran dan sunnah, ke pelosok mana sekalipun tidak akan tersesatan. Dua bulan yang lepas adalah HARI BAPA SEDUNIA! dah wish ke belum? ke ada yang lupa =) mesti ada. Hari tu dengar di IKIM, HARI BAPA SEDUNIA disambut setiap weekend minggu ketiga bulan jun.


"SELAMAT HARI BAPA BUAT BAPA-BAPA SEDUNIA!"

Sebenarnya hari bapa adalah setiap hari, tidak perlu tunggu minggu ketiga pada bulan jun. Betul tak? Begitu juga dengan hari ibu dan hari guru. Perhargaan buat mereka adalah sepanjang masa. Terdetik nak menulis sajak khas HARI BAPA.

Bapa, abi, abah, papa, BABAH..
Gelaran itu membezakan kalian,
Daripada jutaan yang lain,
Pengorbanan?
Tiada tandingan,
Nasihat?
Sejuta pengertian,
Gurau sendamu,
Didikanmu tiada ganti,
Anak didikanmu meningkat dewasa,
Anak-anak sekalian,
Dimana kalian letak jasa mereka?
Berapa kali engkau mengungkap kata sayang buat mereka?
Berapa kali engkau menziarahi/menghubungi mereka?
Lakukan sekarang,
Kerana esok belum tentu secerah hari ini..

Buat bapa-bapa sedunia, juga khas buat ayahanda tersayang. TERIMA KASIH atas setiap curahan kasih sayang kalian. Jasa kalian menggunung tinggi, lelah untukku daki. Semoga ALLAH memberkati hidupmu, menganugerahkan mahkota paling berharga di akhirat kelak. BABAH, dikau bapa TERBAIK buatku.

Pembaca sekalian, selagi ibu bapa anda masih ada disisi, jangan sesekali mensia-siakan mereka. Merekalah orang yang paling berharga didunia! Peluklah mereka selagi mereka masih ada =)

Sayangi keluarga anda sepertimana anda ingin ALLAH menyanyangi anda!

Pengikut

Template by : kendhin x-template.blogspot.com