Ahad, 11 Oktober 2009

PERANAN MAHASISWA

PERANAN MAHASISWA DALAM MEMBENTUK MEKANISME PEMANTAPAN AQIDAH UMMAH


MUQADDIMAH

Dalam banyak hal, Malaysia tidak banyak berbeza daripada negara-negara Islam lain yang sedang hebat mengalami semula kebangkitan Islam. Di seluruh negara kita dapat melihat akan kesediaan rakyat untuk mengamalkan cara hidup Islam seperti :

contohnya pemakaian tudung, pakain menutup aurat dan seumpamanya. Tindakan-tindakan kerajaan juga yang jelas bertentangan dengan Islam cukup mendapat banyak kritikan terutama oleh kalangan Kumpulan Pendesak ( Parti Pembangkang ) khususnya Parti Islam Semalaysia ( PAS ).

Di Malaysia, belia merupakan ahli gerakan Islam yang paling aktif. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah tinggi dan mahasiswa, siswazah universiti dan ahli professional muda iaitu kumpulan sosial yang paling mudah menerima ideology kebangkitan semula Islam. Maka, berlainan dengan anggapan biasa, kebanyakan pejuang Islam bukanlah tidak berpelajaran, kolot dan kera sumbang di dalam masyarakat tetapi sebenarnya mereka itu adalah orang yang terpelajar, sedang meningkat dalam masyarakat dan berhemah tinggi. Di Malaysia, mereka inilah yang menjadi tulang belakang kepada kebangkitan semula Islam.

DEFINISI TAJUK

Berdasarkan kepada tajuk yang tertera di atas maka PERANAN bolehlah kita definisikan sebagai fungsi dan tanggungjawab.Manakala MAHASISWA pula merupakan golongan pelajar peringkat tinggi yang menuntut di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan mahupun Swasta di dalam ataupun di luar negara, dalam pelbagai bidang ilmu. MEKANISME di sini lebih merujuk kepada makna cara-cara ataupun jalan atau kini lebih kerap digunakan oleh kalangan pimpinan persatuan pelajar dengan istilah Modus Operandi yakni kaedah atau methodology untuk mencapai satu-satu tujuan/hasrat . PEMANTAPAN pula bermakna pengukuhan. Manakala AQIDAH ditafsirkan sebagai suatu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang, pemikirannya, hatinya dengan satu keyakinan yang dengan itu maka kehidupannya menjadi satu kehidupan yang terarah dan terpimpin. Dalam konteks perbincangan kita pada hari ini aqidah yang kita katakan ini ialah merujuk kepada Aqidah Islamiyyah.Oleh yang demikian, kita ingin membicarakan tentang fungsi dan tanggungjawab generasi mahasiswa dalam membentuk modus operandi yang akan menatijahkan pengukuhan aqidah Islamiyyah di kalangan masyarakat Islam di negara kita.

A : PERANAN MAHASISWA DULU & SEKARANG

Mahasiswa Dulu ( Awal Tahun 70-an dan 80-an ) ;

1. Berlumba-lumba untuk menerokai bidang ilmu pengetahuan dan untuk meraih segulung ijazah yang ketika itu merupakan suatu perkara yang terlalu dibanggakan.

2. Belajar dengan tujuan untuk mendapat peluang pekerjaan yang baik dan daripada itu dapat mengecapi suatu bentuk kehidupan yang lebih luxury/ mewah.

3. Pembinaan diri lebih tertumpu kepada merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara yang definisinya terlalu dangkal.

4. Fokus perjuangan adalah lebih tertumpu dan ketara dalam bidang sosial yang berbentuk kebajikan masyarakat seperti nasib golongan miskin dan golongan mustadh’afin.

5. Hanya segelintir kecil jumlah pelajar yang terlibat dalam perjuangan sosial ini.

Mahasiswa Sekarang ( Tahun 90-an dan Alaf Baru ) ;

1. Mahasiswa berubah menjadi satu kumpulan yang mempunyai kuasa gelombang pengislahan di samping kekal mengutamakan tuntutan ilmu dalam pelbagai bidang pengajian.

2.Mahasiswa menjadi sebahagian daripada Golongan Pendesak ( frasa menurut pengajian ilmu politik ) atau mengikut bahasa biasanya lebih dikenali sebagai Golongan Pembangkang kepada kerajaan.

3.Mahasiswa menjadi Agen Pemantau yang berpendirian neutral tetapi memperjuangkan aqidah yang benar ( Aqidah Islamiyyah ).

4.Mahasiswa menjadi sebagai salah satu agen yang membangkitkan kesedaran masyarakat/ rakyat keseluruhannya terhadap segala bentuk penzaliman dan penyelewengan yang berlaku dalam ruang legar tangan-tangan rakus parti pemerintah ( BN era Mahathir ).

5.Melibatkan jumlah yang sebegitu besar..hampir kesemua mahasiswa muslim yang prihatin.


B : MAHASISWA & MASYARAKAT ( UMMAH ) : KAITAN DAN KEPENTINGANNYA….

Kaitan & Kepentingannya……….

1. Mahasiswa adalah asset masyarakat yang mempunyai kaitan timbal balik dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

2.Kedua-duanya merupakan entiti dalam membentuk sesebuah negara yang berdaulat.

C : KEPENTINGAN PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM MENENTUKAN SURVIVAL AQIDAH UMMAH

Penting kerana………..

1.Mahasiswa adalah golongan terpelajar yang mendapat tempat di hati dan di mata rakyat, menyebabkan apa jua tindakan mereka dianggap sebagai suatu tindakan rasional dan bijak.

2.Mahasiswa adalah golongan muda yang bertindak sebagai pelapis kepada pucuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Oleh yang demikian, mereka turut menyumbang kepada kelangsungan atau survival aqidah ummah.

3.Mahasiswa sebagai golongan yang celik ilmu dan bijak dalam menentukan apa jua keputusan berlandaskan kepada kebenaran.

4.Mahasiswa sebagai satu golongan yang masih bersih dan tidak tercemar daripada sebarang pengaruh budaya hidup yang negatif serta masih mudah untuk ‘dilentur’ .

5.Mahasiswa sebagai golongan yang mempunyai daya juang yang tinggi dan daya ketahanan mental dan fizikal yang mantap.

D : BENTUK SUMBANGAN YANG DAPAT DIBERIKAN OLEH GOLONGAN MAHASISWA YANG

TERPELAJAR BAGI MENJAMIN KESELAMATAN AQIDAH UMMAH

1.Mahasiswa mampu menyumbang daripada sudut penyebaran ilmu, memberi kefahaman dan tunjuk ajar ( praktikal ) dengan kaedah yang lebih sistematik dan mudah difahami berdasarkan kepada penggunaan methodology yang lebih ofistikated dan kaedah persembahan yang lebih menarik.

2.Mahasiswa boleh menyumbang daripada sudut penglibatan mereka dalam menentukan halatuju dan dasar bagi sesebuah kerajaan yang memerintah melalui tindakan sebagai Agen Pemantau dan sebagai sebahagian daripada Golongan Pendesak.

3.Mahasiswa boleh menjadi agen ummah ( agen masyarakat ) dalam mengenalpasti dan mencari jalan penyelesaian bagi perrmasalahan/ gejala murtad yang semakin kronik melanda ummat Islam.

4.Mahasiswa juga boleh menyumbang melalui sikap keprihatinan mereka dalam apa jua permasalahan lain yang melanda masyarakat yang sama ada secara langsung atau tidak langsung berkait dengan aqidah. Di samping menjadi ‘Intelligent Group’ yang membongkar rahsia dan memperolehi serta menyusun fakta-fakta penyelewengan parti pemerintah atau mana-mana individu atau pertubuhan yang dirasakan berkepentingan umum.

5.Mahasiswa menjadi model kepada golongan muda yang lain untuk menzahirkan personaliti individu muslim sebenar.

E : MAHASISWA SEBAGAI ASET PENTING NEGARA & PENENTU HALATUJU MASA DEPAN UMMAH

Mahasiswa yang merupakan golongan muda amat sesuai dianggap sebagai sebahagian daripada aset penting negara. Ini kerana mereka inilah yang akan meneruskan kesinambungan sesebuah pemerintahan bagi sesebuah negara. Mahasiswa yang beriman dan bertaqwa akan mampu membawa negara Malaysia menjadi sebuah negara yang dipenuhi barokah dan redha ALlah. Merekalah yang akan menentukan masa depan ummah sama ada menjadi satu ummah yang bertaqwa dan meneruskan hidup berlandaskan

hudud-hudud yang telah ditetapkan-Nya atau sebaliknya. Sesungguhnya, setiap yang bernyawa akan mati maka itulah janji ALlah kepada kita ummat manusia. Oleh yang demikian menjadi suatu kemestian bagi yang masih ada untuk meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan.

Inilah yang dimaksudkan oleh As Syahid Syed Qutb ketika menyatakan bahawa kita akan merasa sempit seandainya kita mengatakan bahawa perjuangan ini kitalah yang memulakan dan mengakhirkannya. Tetapi kita tidak akan merasa sempit apabila kita yakin dan percaya bahawa kita adalah penerus kepada satu-satu perjuangan. Ummah mahasiswa merupakan golongan yang akan tinggal dan ditinggalkan. Maka, oleh itu merekalah aset penting negara yang akan meneruskan pemerintahan dan pentadbiran negara dalam menjaga kepentingan ummah. Peranan ini tidak akan mampu mereka mainkan seandainya mereka tidak peka terhadap permasalahan negara dan rakyat seluruhnya. Keprihatinan wajar dimulakan daripada sekarang bagi
mempastikan mereka benar-benar ‘competent’ ( layak ) untuk mengambilalih tampuk pemerintahan yang ada sama ada mahu atau tidak. Itulah tanggungjawab kita sebagai ummat Islam yang merupakan khalifah ALlah di atas muka bumi ini.


F : PERLUNYA MAHASISWA SENSITIF TERHADAP KRISIS AQIDAH YANG BERLAKU DI MALAYSIA

TERUTAMANYA DI KALANGAN MAHASISWA SENDIRI & GOLONGAN UMUR PERTENGAHAN

Sejak akhir-akhir ini, kita mendapati betapa Krisis Aqidah yang berlaku di negara kita semakin menjadi-jadi. Permasalahan gejala murtad menjadi semakin kronik dan tiada tindakan yang sewajarnya daripada pihak pemerintah. Rang Undang-Undang berkenaan soal Murtad yang diperjuangkan oleh PAS ( melalui Tn Guru Abd. Hadi Awang ) dipandang sepi oleh pihak pemerintah di dalam Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen. Sedangkan pada masa yang sama, terdapat sebegitu banyak fakta murtad yang begitu menggerunkan kita ummat Islam. Seperi contoh :-

1. Mufti WP iaitu Datuk Hashim Yahya mendedahkan bahawa seramai 3000 orang telah memohon untuk keluar daripada Islam di Kuala Lumpur.

2. Merujuk kepada bancian tahun 1980, daripada 6.1 juta orang Melayu di Sem. M’sia….seramai….

• 4,766 orang Melayu menganut Kristian ;

• 522 orang Melayu menganut Hindu ;

• 746 orang Melayu menganut Buddha dan

• 456 orang yang masuk Islam kembali menganut agama Confucianisme dan Taoisma.

3. Contoh kes……..

• Kes Suzie Teoh dan Jassiza Zurich ( 1988 ) ;

• Kes Norbaizura Abdullah ( 1990 ) ;

• Kes Hartina Kamaruddin dan Nor Aisyah Bokhari ( 1997 ).

4. Contoh Cakap-cakap Pemimpin UMNO-BN yang mengundang kemurtadan……

• “ Negara akan huru-hara jika undang-undang Islam dilaksanakan.” ( Najib Tun Razak ) ;

• “ PAS tidak akan melaksanakan hukum hudud kerana ia jelas bertentangan dengan  Perlembagaan Lord Reid.” ( Syed Hamid Albar ) ;

• “ Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.” ( Mahathir Mohamad ), etc.

5. Mubaligh kristian mengembangkan pengaruhnya di sekolah-sekolah dan IPTT & IPTS….

• Beberapa buah sekolah telah dikenalpasti menjadi sasaran. Contohnya di SMK Alma Jaya dan SMK Guar

Perahu di Bukit Mertajam dan SMK Penanti di Permatang Pauh, Seberang Perai Pulau Pinang. Ramai pelajar telah menjadi mangsa murtad. Ada yang tidak lagi pulang ke rumah kerana sedang mengikuti pengajian untuk menjadi paderi.

• Semua IPTT & IPTS telah menjadi sasaran dan di setiap tempat tersebut telah ada yang berjaya dimurtadkan.

6. Golongan pertengahan umur…..diberikan ganjaran/ habuan…. ( Contoh kes ialah di Pusat Pemurtadan bertempat di

Bangunan The SUMMIT – aras 2, kaw. Bukit Mertajam SP, P. Pinang )

• RM 50 untuk ambil dan tandatangan borang ( pemurtadan ) ;

• RM 500 untuk buat tattoo salib di badan ;

• RM 1000 untuk pakai rantai salib.

7. Beberapa tindakan kerajaan Malaysia yang menimbulkan keraguan….

• 1997…Malaysia di bawah Mahathir menjemput Pasukan Kriket Israel menyertai Kejohanan Kriket di Kuala Lumpur. Beberapa pemimpin Islam ditangkap ekoran demonstrasi membantah kemasukan tersebut ;

• Kementerian Pendidikan Malaysia menghantar surat pekeliling kepada setiap IPT supaya menggalakkan

siswa/i tempatan berhubung dan berkenalan dengan siswa/i Israel melalui Internet ;

• Mahathir mengucapkan tahniah kepada Ehud Barak apabila berjaya menjadi PM yang baru bagi entiti haram Israel ; etc.

RUMUSAN/ KESIMPULAN

Daripada apa yang telah dinyatakan itu tadi maka jelaslah kepada kita akan peranan dan kepentingan ummah mahasiswa dalam membentuk mekanisme pemantapan aqidah ummah. Seluruh saf kepimpinan PAS di semua peringkat sedar akan hakikat ini. Oleh yang demikian adalah menjadi harapan kami agar golongan ini dapat memainkan peranan dan fungsi tersebut. Kemenangan Gerakan Islam di Malaysia dalam Pilihanraya Umum ke – 10 baru-baru ini turut banyak dibantu oleh golongan ini. Sehinggakan salah seorang daripada kepimpinan UMNO-BN iaitu Rafidah Abd. Aziz tanpa rasa malu dan bersalah menyatakan bahawa
kemenangan Barisan Alternatif ( BA ) adalah kerana Golongan Mahasiswa menyokong dan membantu kita. Itulah hakikat kekuatan ledakan dan gelombang para mahasiswa. Kita yakin dan percaya, insyaALlah bahawa golongan ini merupakan aset yang begitu penting dan cukup berharga kepada perjuangan Islam khususnya dan negara amnya.

Disediakan Untuk,

Pengikut

Template by : kendhin x-template.blogspot.com