Jumaat, 18 Disember 2009

Dari Lukman Al-Hakim

Wahai Anakku...

Dan ingatlah ketika Lukman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya : ”Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

”Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (baik dan buruk) walaupun sebesar biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau dilangit ataupun dibumi, sudah pasti akan dihadapkan kepada Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya), sesungguhnya Allah Maha Halus Pengetahuan-Nya lagi amat meliputi segala yang tersembunyi.

”Wahai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang amat dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar tidak karam, layarilah lautan itu dengan sampan bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah”.

Wahai anakku, orang yang merasakan dirinya hina di dalam beribadah kepada Allah, maknanya dia tawaddu’ kepada-Nya, dia akan lebih dekat kepada Allah serta selalu menghindari maksiat kepada-Nya”.

“Wahai anakku, seandainya orang tuamu marah padamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman”.

“Wahai anakku, jauhilah dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwkatu malam”.

“Wahai anakku, janganlah kamu ghairah utnuk mengasihi orang jahil kerana dia akan menganggap kamu redha dengan amalannya”.

”Wahai anakku, janganlah kamu bersifat tamak haloba. Seburuk-buruk tamak ialah apa-apa yang merenggangkan antara sahabat dengan sahabatnya yang lain”.

”Wahai aankku, jangalah kamu duduk pada majlis yang tidak mengingati Allah, sekiranya kamu seorang yang alim, nescaya mereka tidak memanfaatkan ilmumu, sekiranya kamu seorang jahil nescaya akan menambahkan kejahilanmu. Sekiranya Allah menurunkan murka-Nya pada majlis itu, kamu akan turut menerima bahannya”.

Happy Mother'S Day

HAPPY MOTHER’S DAY

Versi lama yang perlu untuk dihayati bersama, terutama buat mengenang jasa
dan pengorbanan seorang yang bergelar ibu....................

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mendidik kita.
Kita ucapkan terima kasih dengan menangis sepanjang malam.

Menjelang usia tiga tahun, ibu sediakan makanan dengan penuh kasih sayang.
Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Apabila berusia tujuh tahun, ibu belikan sebiji bola.
Kita ucapkan terima kasih, dengan memecahkan cermin tingkat jiran.

Ketika berusia sembilan tahun, ibu menghantar ke sekolah.
Kita ucapkan terima kasih dengan selalu ponteng kelas.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh buat kerja sekolah.
Kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa menonton tv.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai, pakaian menutup aurat.
Kita ucapkan terima kasih, dengan berkata pakaian itu tak sesuai.

Ketika berusia 14 tahun, ibu mengikat perut membayar yuran sekolah dan asrama.
Kita ucapkan terima kasih dengan tidak menalefon. Bahkan masa cuti asyik
mengunci pintu bilik.

Ketika ibu sedang menunggu panggilan penting.
Kita bergayut di telefon sepanjang malam.

Ketika ibu gelisah kekurangan 'bajet'
Kita suarakan supaya membeli telefon tangan.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira bila diterima ke IPTA.
Kita ucapkan terima kasih dengan bersukaria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 20 tahun, ibu bertanya samada sudah ada teman istimewa.
Kita katakan ,...'itu bukan urusan ibu....'

Bila tamat belajar, ibu beri pandangan tentang kerjaya.
Kita katakan,''''saya tak mahu jadi seperti ibu...'.

Ketika mahu berkahwin, ibu bersusah payah mengurus itu dan ini.
Ibu menangis dan berkata, ibu sayangkan anak-anak ibu......'
Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh darinya.

Ketika ibu menelefon memberi petua menjaga anak-anak.
Kita katakan,'.....itu dulu...kuno......'

Ketika usia 40 tahun, ibu telefon ingatkan kenduri di kampung.
Kita katakan,''''Kami sibuk,tak ada masa nak datang.....'

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita jenguk-jengukkan.
Kita bercerita tentang kesibukan dan bebanan kepada anak-anak.

Dan apabila suatu hari kita terima telefon,
Ibu berpesan,'......ibu sayang anak-anak ibu....ibu sayang anak-anak ibu.
Kemudian air mata ibu mengalir tenang. Ibu tersenyum............
Rupanya ibu sudah sedia menyambut panggilan Maha Pencipta Allah Rabuljalli.

(Ketika ini untuk apa lagi tangisan penyesalan)

Isnin, 14 Disember 2009

Sahabatku

Sahabatku... bacalah dengan hati yang terbuka.. dan ambillah sedikit iktibar...

Tak bererti kita tak call orang tu kita tak ingat kat dia,
Tak bermakna kita tak tegur dia kita tak sayang kat dia,
Tak bermaksud kita tak rapat dengan dia kita tak pernah
Fikir cara untuk merapatkan diri dengan dia.

Kadang kala orang yang jauh beribu batu dengan kita,
Org yang jarang call kita,
Org yang jarang senyum dengan kita,
Org yang kita jarang jumpa,
Adalah mereka yang selalu dok ingat kat kita.

Bersangka baiklah dengan Allah.
Bersangka baiklah dengan mereka
Terutama mereka yang bersangka baik dengan Allah.

Salah faham adalah lumrah dalam hidup manusia.
Tak semua orang boleh baca apa yg tersirat dalam hati kita.
kalau kita tak luahkan masakan mereka tahu.
Tak boleh expect org nak go after us each time,
sebab kadangkala orang tu assume yang kita tak mahu
diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dengan
soalan2 i.e bertanya khabar untuk menguji sejauh mana
orang itu ikhlas bersahabat dengan kita
Adakah dia hanya sahabat ketika ketawa
atau dia sahabat ketika mengalir air mata

Memang susah nak meluahkan sesuatu
terutama pada mereka yang kita tidak percaya
tapi tak salah kalau kita membuang perasaan malu
dan bercerita. Mungkin mereka dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi.

Ahad, 6 Disember 2009

Peringatan Buat Saudariku

PERINGATAN BUAT SAUDARIKU...

Assalamualaikum ,…


Saudariku,…

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik , tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman –taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , haruman aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun ,..tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar ,dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ,… tapi awas durinya yang melingkar bisa membuat sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya …..

Saudariku ,…


Aku suka kiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah , Bentengalah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah …Hiasilah dirimu dengan titisan wudhuk ,..ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah ia tidak akan melihat pada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya . Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah … umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umumdengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup ….sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah ,..wanita solehah yang patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam …..

Namun …..ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis mudamu mencabar rasa keimanan yang ada …Namun ingatlah saudariku … sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan –jalan kearah itu , yang penting gadisku engkau mesti mempunyai azam , usaha dan istiqomah ….

Saudariku ….

Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. … Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tiada lagi perisai yang dapat membentengimu … Sesungguhnya Nabi bersabda tentang bahaya dirimu ,sabdanya…"Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari wanita "……


Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah ,jangan biarkan orang lain mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu ….sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam …

Kau harapan ummah dalam melahirkan mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu …

Saudariku …

Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi ,itulah fitrah semulajadi setiap insani ,..namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta Bercinta itu tidak salah tetapi memuja cinta itu salah , keran cinta manusia sanggup menjual agama da kerana cinta maruah tergadai .Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta …..

Benarlah sabda Rasululah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta " cinta itu mampu membutakan mata dan hati dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT …..

Sebelum kau menndekati cinta ,cintailah dirimu terlebih dahulu ,mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,yang berasal daripada setitis air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentikan yang direncanakan oleh Allah SWT ….

Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap-Nya dan timbul rasa cinta dan kasih penciptamu …..

Saudariku ….

Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatinya diserah kepada Allah SWT sudah pasti ia akan bertaut kembali ….. Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu …..

Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat .Buat akhirnya terimalah kata-kata ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama ;

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan ,kerana ia tidak kekal cintakan manusia seringkali membuatkan seseorang itu gagal ,kecewa , menderita dan terseksa oleh itu tidak ada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri ".

Sebatang Pensel

PENSEL

Seorang penulis Indonesia telah menulis sebuah buku yang bertajuk Pandangan Melingkar' atau dalam bahasa arabnya disebut 'mulahazah'. Yang dimaksudkan dengan pandangan melingkar adalah memandang sesuatu dari pelbagai sudut yg berlainan. Dengan kata lain, di sebalik setiap benda yang dicipta oleh Allah, ada pengajaran2 atau maksud yang boleh kita ambil darinya.

Contohnya, mari kita melihat kepada pensel yang selalu kita gunakan untuk menulis. Dapatkah anda meng'extract' pengajaran2 yang boleh diambil dari sebatang pensel?

1. Sebatang pensel jadi berguna kepada manusia kerana rod graphite yg ada di dalamnya dapat digunakan untuk menulis.

: Begitulah juga manusia, jika tiada ruh di dalam tubuhnya, nescaya manusia itu hanya segumpal tanah yg kaku, ia jadi bernilai hanya kerana ruh yg ada di dalam tubuh itu.

2. Sebatang pensel yg tajam itu lebih baik dari sebatang pensel yg tumpul.

: Meskipun ruh telah menjadikan manusia itu hidup, tetapi ruh individu yg beriman lebih dikasihi oleh Allah dan lebih tinggi nilainya berbanding ruh yang tidak beriman.

3. Pensel yg tajam sekalipun jika diguna lama, akan menjadi tumpul. Tetapi berita baiknya, ia masih boleh diasah menjadi tajam semula.

: Iman di hati manusia naik dan turun, tetapi meskipun ia turun, ia masih boleh ditambah dengan menghadiri majlis2 ilmu, mengkhusyukkan solat dll sehingga ia tajam kembali.

4. Kesilapan yg dilakukan ketika menulis dgn pensel boleh di padam.

: Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, kerana manusia diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yg lemah. Tetapi utk setiap kesilapan itu, pintuTaubat Allah sentiasa terbuka kecuali ketika hampir datangnya maut.

5. Sebatang pensel yg selalu digunakan, lambat laun akan menjadi pendek,dan akhirnya akan dibuang kerana tidak dapat lagi digunakan.

: Setiap saat manusia semakin hampir kepada maut di mana ruhnya akan diangkat utk perjalanan seterusnya.

6. Pensel yg masih panjang lebih sedap digunakan untuk menulis berbanding pensel yg pendek. Zaman muda adalah zaman emas manusia.

: Di zaman ni manusia boleh menggunakan sepenuh tenaganya, dengan pilihan mereka sendiri sama
ada untuk berbuat baik atau sebaliknya dll.

So cuba perhatikan, berapa banyak pelajaran yg dapat di ambil dari sebatang pensel. Caranya hanyalah dengan looking at things from different angles…

Akal Wanita Setipis Rambutnya



AKAL WANITA SETIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah,

Masih mencari walaupun ada segalanya,

Apa yang tiada di dalam syurga, Namun Adam rindukan Hawa,

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok

Untuk diluruskan oleh lelaki,

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,

Mana mungkin kayu yang bengkok akan menghasilkan

Bayang yang lurus,

Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t.

Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya,

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta nanti mereka akan leka,

Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan, nanti mereka semakin menderita,

Kenalkan mereka dengan Allah s.w.t yang kekal,

Akalnya setipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu,

Hatinya serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman,

Perasaannya selembut sutera, hiasi ia dengan akhlak,

Suburkanlah ia kerana di situlah nantinya mereka akan lihat nilaian

Dan keadilan Tuhan

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan itu bukan satu kelemahan,

Ia bukan diskriminasi Tuhan,

Sebaliknya di situ kasih sayang Tuhan,

Wanita yang lupa hakikat kejadian pasti tidak akan terhibur

Dan menghiburkan,

Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus,

Bahkan akan terus membengkok,

Pasti dunia lelaki menjadi huru-hara,

Lelaki pun janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata,

Tapi binalah kepimpinan,

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,

Pimpinlah dirimu kepada-Nya,

Jinakkan segala-galanya di bawah pimpinanmu,

Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahrah,

Jika dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karramallahuwajhah.

Mutiara Hikmah

1. Kebaikan Dua Orang

Tiada kebaikan di dunia ini melainkan kepada dua orang; seorang yang mengerjakan beberapa dosa lantas diiringi dengan taubat, dan seorang yang segera mengerjakan kebaikan.

2. Tiga Perkara Merbahaya

Tidak ada yang lebih membahayakan manusia melainkan 3 perkara ;

a) Memikul sesuatu yang ia tidak berupaya kerana percaya kepada kekuatannya
b) Tidak berusaha kerana bersandar kepada Qadha dan Qadar
c) Tidak berjaga-jaga dalam makanan kerana bersandar kepada kesihatan yang baik
3. Akal Tumbuh Seperti Tanaman

Akal tumbuh seperti tumbuhnya tanam-tanaman dan bajanya adalah dengan ilmu dan Pengalaman.

4. Kesudahan Kebenaran & Kebatilan

Sesungguhnya kebenaran itu berat (sukar) tetapi baik kesudahannya. Sesungguhnya kebatilan itu ringan dan buruk kesudahannya.

5. Jangan Lupa Tanggungjawab Kepada Allah

Janganlah engkau terlalu sibuk menghabiskan masa untuk urusan keluarga dan anakmu (sehingga lalai terhadap tanggungjawab kepada Allah dsb), kerana jika mereka itu adalah kekasih Allah, maka sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensia-siakan kekasihNya, tetapi jika mereka itu musuh Allah, maka apakah gunanya kesibukan dan segala usahamu terhadap musuh-musuh Allah?

6. Tiada Kebaikan Pada Hati....

Sebagaimana tiada kebaikan pada bejana (bekas) yang tidak dapat menyimpan (melindungi) sesuatu di dalamnya, begitulah juga tidak ada kebaikan pada hati yang tidak dapat menyimpan (menyembunyikan) rahsia.

7. Menyembah @ disembah harta

Orang yang pemurah itu disembah harta sementara orang yang kikir itu menyembah harta.

8. Tiap-Tiap Perkataan....

Tiap-tiap perkataan yang tidak ada padanya peringatan kepada Allah itu adalah tidak berfaedah, tiap-tiap diam yang tidak diikuti dengan berfikir itu adalah kelalaian dan setiap pandangan yang tidak dapat memberi pengajaran itu adalah sia-sia.

9. Sejahat Manusia

Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak pedulikan manusia melihat dia berbuat kejahatan

10. Malulah kepada....

Malulah dari mencela orang yang kalau dia hadir, nescaya engakau berlebih-lebihan memujinya dan malulah dari memuji orang yang kalau dia tidak hadir, nescaya engkau cepat-cepat mencelanya.

11. Jangan Bersekutu Dengan Iblis....

Janganlah engkau jadi daripada golongan yang melaknat Iblis di tempat ramai dan menjadi temannya di tempat sunyi.

12. Hati Adalah Ladang

Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya.

13. Bandingan Perkataan Yang Lembut & Kasar

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati-hati yang lebih keras daripada batu-batu gunung dan perkataan yang kasar itu dapat mengkasarkan hati yang lebih halus daripada sutera.

14. Bandingan Keadilan

Keadilan itu benteng yang tidak boleh dikarami (dipecahkan) oleh air, tidak dapat dihangusi oleh api dan tidak dapat dihancurkan oleh meriam.

15. Kelebihan Orang Berakal

Orang berakal itu mempunyai dua kelebihan; akal yang ia dapat mengambil faedah (dengannya) dan perkataan yang ia dapat memberi faedah (dengannya).

Kenapa Aku Diuji

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12 )

Bila Al-Quran mula berbicara

BILA AL-QURAN MULA BERBICARA

>Waktu engkau masih kanak-kanak....
>Kau laksana kawan sejatiku
>Dengan wudu'
>Aku kau sentuh dalam keadaan suci
>Aku kau pegang
>Aku kau junjung dan kau pelajari
>Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
>Setelah selesai engkau menciumku mesra

>Sekarang engkau telah dewasa.......
>Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
>Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
>Menurutmu, mungkin Aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
>Atau, menurutmu Aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.....

>Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
>Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu
>Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa
>Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

>Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian
>Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan
>Dulu...pagi-pagi... surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
>Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

>Sekarang.. seawal pagi sambil minum kopi..
>engkau baca surat khabar dahulu
>Waktu lapang.. engkau membaca buku karangan manusia
>Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla
>Engkau abaikan dan engkau lupakan...
>Waktu berangkat kerja pun engkau lupa membaca pembuka surah-surahku (Bismillah)

>Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
>Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
>Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu Mengasyikkan.
>Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
>Di komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu
>Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.....
>E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
>Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
>Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

> Bila malam tiba.. engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
>Menonton siaran televisyen
>Di depan komputer berjam-jam engkau sanggup duduk
>Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah

>Waktu pun cepat berlalu...
>Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
>Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
>Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
>Itupun hanya beberapa lembar dariku
>Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
>Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
>Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

>Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
>Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
>Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
>Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
>Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

>Sekarang engkau begitu enak membuang waktumu...
>Setiap saat berlalu...
>Dan akhirnya.. kubur yang setia menunggu mu...
>Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
>Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
>Di kuburmu nanti....
>Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
>Yang akan membantu engkau membela diri
>Dalam perjalanan ke alam akhirat
>Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
>Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu

>Peganglah Aku kembali.. bacalah aku kembali setiap hari
>Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci
>Yang berasal dari Allah Azzawajalla
>Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
>Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

>Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu....
>Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
>Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu
>Sentuhilah Aku kembali...
>Baca dan pelajari lagi Aku....
>Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat

>Seperti dulu.... waktu engkau masih kecil
>Di surau kecil kampungmu yang damai
>Jangan Aku engkau biarkan sendiri...
>Dalam bisu dan sepi...

>********************************
>Maha Suci Allah, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

>Semoga bermanfaat.

>*********************************

>Tolong anda kirimkan artikel ini kepada sesama muslim,

>baik keluarga, sahabat dan siapapun yang anda kenal

>atau silakan cetak untuk bacaan keluarga di rumah.

>Terima kasih

>Wa Billahit-taufiq wal-hidayah

>Wassalamualaikum wr.wb

>"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk duniamu,

>Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk akhiratmu"

Sabtu, 5 Disember 2009

Tips What You Need To Know

Tips What You Need To Know

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahira komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

Jadilah Yang Terbaik Untuk Yang Terbaik

Jumaat, 4 Disember 2009

Tomorrow Can Be Too Late

TOMORROW CAN BE TOO LATE

The Messege is really nice!!!

If you're mad with someone , and nobody's there to fix the situation...
You fix it .

Maybe today, that person still wants to be your friend. And if u don't,
tomorrow can be too late .

If you're in love with somebody , but that person doesn't know...
tell her/him.

Maybe today, that person is also in love with you .And if you don't say it,
tomorrow can be too late .

If you still love a person that you think has forgetten you...
tell her/him.

Maybe that person have always loved you. And if you don't tell her/him today ,
tomorrow can be too late.

If you need a hug of a friend... ask her/him for it.

Maybe they need it more than you do. And if you don't ask for it today,
tomorrow can be too late.

If you really have friends who you appreciate... tell them.

Maybe they appreciate you as well. That if you don't and they leave or go far away today, tomorrow can be too late.

SEND THIS MAIL TO EVERY PERSON YOU CARE ABOUT , INCLUDING THE ONE WHO SENT IT TO YOU.
YOU'LL SEE HOW YOU'RE GOING TO KNOW THAT THERE ARE PEOPLE
WHO CARES ABOUT YOU , THAT YOU DIDN'T KNEW .

Forward it today... coz tomorrow can be too late...

Wasiat Untuk Umat Islam Seluruh Dunia

Assalamualaikum,

INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN.

WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH, DAN BUKANYA TAKUT TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA.

WASIAT UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.

Daripada Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi Arabia, pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasullullah s.a.w. selepas hamba membaca lalu tertidur. dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah s.a.w. mendatangi hamba lalu bersabda:-

dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.

1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami,
2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin.
3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan.

Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:-

1. semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup.
2.tulisan dalam Al-Quran akan hilang.
3.Matahari akan turun di atas kepala.

Pesan Hamba :-

1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
4. janganlah derhaka kepada ibu-bapa.


Untuk peringatan !!

1. seorang saudara bombay telah menerima wasiat ini dan beliau telah mencetak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Ia kemudia dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan besar dalam perniagaannya.

2. seorang hamba Allah telah menerima wasiat serupa tetapi tidak mengindahkannya dan menggangap wasiat ini adalah palsu, maka selang beberapa lama anaknya meninggal dunia.

3. pada tahun 1977b Tun Dato< Mustapha, bekas ketua menteri Sabah menerima wasiat ini, kemudian beliau mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarkan kepada orang maka selang berapa hari kemudian dia telah menerima hadiah pertama dari Kebajikan Masyarakat di Malaysia Timur.

4. Tan Sri Ghazali, jawi bekas menteri secara tidak langsung telah di pecat daripada jawatanya kerana apabila menerima wasiat ini beliau telah terlupa mencetak 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain. Tetapi beliau telah menyesal dengan kesilapanya lalu segera membuat 20 salinan dan terus mengirimkan kepada orang lain. Beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi menteri kabinet.

5. Perdana Menteri Zulfikar Ali Bhutto telah menerima wasiat ini dan tidak percayaakan kebenerannya dan anggapannya palsu lalu dibuangkannya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

6. Terengganu, seorang perkerja bengkel kenderaan menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali dari perak. lalu membuat 20 salinan sepertimana dituntut. Alhamdulillah dia telah dianugerahi seorang gadis berakhlak sebagai isteri. Baginya penganugerahan ini paling agung dan tidak ada tolak bandinganya.

7. Di terenganu juga seorang Hamba Allah telah menerima wasiat ini dari kawannya di melaka, malangnya dia tidak mengindahkannya dan mengatakan ianyqa bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya, berapa hari kemudian dia mendapat penyakit ganjuil dan penderitaannya sukar dirawat oleh doktor, akhirnya beliau teringat akan wasiat ini yang masih ada dalam simpanannya, lalu menyuruh sepupunya mencetak wasiat ini dan berikan kepada orang lain. seminggu kemudian beliau pun beransur pulih sehingga sekarang. Banyak lagi contoh orang-orang yang menerima wasiat ini dan tidak mempercayai dan tidak mengirimkan kepada orang lain di mana mereka mendapat pelbagai malapetaka. Setelah mengenangkan kejadian yang mengembirakan dan meyakinkan ini, anda jangan lupa bmenyampaikan 20 salinan dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. Insyaalah, anda akan memperolehi sesuatu daripada ALLAH dengan penuh keyakinan. Pastinya ianya akan menerangi hidup anda dengan nikmat keuntungan hidup.

PERHATIAN ;

Setelah membacanya wasiat ini, hendaklah di tulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain atau dikirimkan kepada orang lain sebanyak 20 salinan. Sekiranya ini telah dilakukan, anda akan dianugerahi oleh ALLAH sesuatu niat dan hajat anda. Hajat anda akan di kabulkan oleh ALLAH, kata Sheikh Ahmad lagi. Jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekotoran dan biarlah tidak mendapat perlindungan atau syafaat daripada Rasullullah s.a.w. oleh itu, hendaklah ditulis atau dicetak sebanyak 20 salinan dan sampaikan kepada orang lain. Dalam masa seminggu atau dua minggu anda akan beroleh kebahagian dan ingatlah : lakukan ini dengan niat anda kepada Allah s.w.t.

INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH
DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN
WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH DAN BUKANYA TAKUT
TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA.

Buat Renungan Muslimah

Buat Renungan Muslimah

Rasulullah (s.a.w) bersabda :
“Wanita apabila dia bersembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memeliharan kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dikehendaki”.

Rasulullah (s.a.w) bersabda :
“Dunia ini adlah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah”.

Rasulullah (s.a.w) bersabda :
“Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium baunya, maka dia adalah perempuan zina dan setiap mata yang memandangnya adalah zina”.

Rasulullah (s.a.w) bersabda :
“ Perempuan itu aurat, maka apabila dia keluar mendongaklah syaitan memandang dia”.

Rasulullah (s.a.w) bersabda :
“Wanita yang meminta cerai dari suaminya dengan tiada sebab syara’, maka haramlah

Rasulullah (s.a.w) bersabda :
“Diantara tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin)”.

Rasulullah (s.a.w) bersabda :
“Apabila seseorang wanita itu mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan bagi seribu kejahatan (dosa)”.

Rasulullah (s.a.w) bersabda :
“Apabila seseorang wanita itu mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah”.

Rasulullah (s.a.w) bersabda :
“Perempuan yang melabuhkan pakaiannya dalam keadaan berhias (bukan untuk suaminya dan mahramnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari qiamat, tiada nur cahaya pada dirinya”.

Muhasabah Diri

Assalamualaikum…

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi...Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa.... Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062....

Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066....Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian...
Sampaikanlah mesej ini kepada semua kenalan Islam anda...
Semoga saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat ALLAH S.W.T....

Aku Nak Tapi Aku Takut

Aku Nak Tapi Aku Takut

Aku nak jadi seperti orang lain…
Ada walkman, ada x-box, ada pakwe, makwe....
Tapi aku takut…
Aku lalai, aku lupa dan aku leka..

Aku nak sangat berhibur....
Bukannya banyak..sikit je..sekali sekala ke pawagam...
Bukannya di disko tapi di bilik..
Tapi aku takut...
Dari sikit ...jadi banyak..

Aku nak beli komputer...
Nak pasang internet..
Boleh tahu hal ehwal semasa..(kononnya)...boleh cari ramai kenalan..
Boleh tahu cerita dunia...
Tapi aku takut....
Cintaku pada dunia bertambah dan cintaku pada akhirat berkurangan…

Aku nak juga ada buah hati…terasa diri disayangi..
Paling kurang boleh keluar jalan-jalan di PCB, KLCC....
Makan-makan di KFC...atau koman-koman di MPKB...
Tapi aku takut...
Cintaku padanya melebihi cintaku pada ALLAH..

Aku nak juga merasa muda berpanjangan...
Kerana masa muda sekali jer...
Tapi aku takut...
Masa muda yang berpanjangan itu..akan dipersoal dan diperhitung...

Lalu aku berfikir.....
Kan bagus kalau aku jadi burung...
Tak mahu itu..dan tak mahu ini...tak pandai tengok wayang..dating..
Tak ingin itu...tak ingin ini...
Tidak ingin dikasihi...

Aku berfikir lagi...
Mengapa memerlukan semua itu....
Sedangkan nikmat ALLAH sudah banyak....
Sedangkan aku juga tahu...nikmat yang ada perlu disyukuri....
Dugaan perlukan ketaqwaan dan pengorbanan..
Hadapinya dengan penuh kesabaran dan ketaatan...

Ahhh...
Aku takut.......
Aku takut.....
Kalau-kalau...nikmat itu..ditarik atau dihisab...
Ampunkan aku......Ya Rabbi...
Ampunkan aku.......Ya Ilahi...
Ampunkan aku atas ketelanjuran ini.....
Ampunkan aku atas segala-galanya...

6 pertanyaan

6 pertanyaan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh ..
Semoga renungan hari ini bermanfaat. Ada 6 pertanyaan penting :

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?

2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?

3. Apa yang paling besar di dunia ?

4. Apa yang paling berat di dunia ?

5. Apa yang paling ringan di dunia ?

6. Apa yang paling tajam di dunia ?

Untuk renungan kita bersama......... Insyallah

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Ali Imran : 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang ke dua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetapi kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ke tiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawah gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf: 179). Maka dengan itu kita harus hati-hati dengan nafsu kita, agar jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan ke empat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban samua benar, kata Imam Ghazali. Tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang ke lima adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah, Manusia dengan senangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu. Wasallam.


Pesanan Iman Ghazali

Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang memalukan

Susah hati dengan sebab dunia akan menghitamkan hati tetapi susah hati dengan dosa akan memancarkan cahaya…..

Rabu, 18 November 2009

surat dari kekasih

UNTUKMU YANG SELALU KUCINTAI

Saat kau bangun di pagi hari,
Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepadaKu,
bercerita, meminta pendapatKu, mengucapkan sesuatu untukKu
walaupun hanya sepatah kata...

Atau berterima kasih kepadaKu
atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu
semalam, kelmarin, atau waktu yang lalu....
Tetapi kulihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja...
Tak sedikit pun kau menyedari Aku dekat denganmu...

Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap,
Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu,
tetapi engkau terlalu sibuk...

Di satu tempat,
engkau duduk tanpa melakukan apapun...
Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu...
Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu,
tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon
seorang teman untuk sekadar berbincang-bincang...

Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan Aku menanti
dengan sabar sepanjang hari
Namun dengan semua kegiatanmu,
Ku fikir engkau terlalu sibuk
untuk mengucapkan sesuatu kepadaKu...

Sebelum makan siang, Aku melihatmu memandang ke sekeliling,
mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKu, itulah
sebabnya mengapa engkau tidak sedikitpun menyapaKu...

Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat
beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKu dengan lembut
sebelum menyantap makanan yang Kuberikan, tetapi engkau tidak melakukannya....

Ya, tak apalah, masih ada waktu yang tersisa dan Aku masih
berharap engkau akan datang kepadaKu, meskipun saat engkau
pulang ke rumah kelihatan seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.
Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,

Aku tidak tahu apakah kau suka menonton TV atau tidak, hanya
saja engkau selalu ke sana dan menghabiskan banyak waktu
setiap hari di depannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya
menikmati acara yang ditampilkan, hingga waktu-waktu untukKu dilupakan...

Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati
makananmu tetapi sekali lagi engkau lupa menyebut namaKu dan
berterima kasih atas makanan yang telah Kuberikan...

Saat tidur Kufikir kau merasa terlalu letih.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu,
kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKu kau sebut.
Tidak apa-apa kerana mungkin engkau masih belum menyedari
bahawa Aku selalu hadir untukmu.
Aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari.
Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain...

Aku sangat menyayangimu, setiap hari Aku menantikan sepatah
kata darimu, ungkapan isi hatimu, namun tak kunjung tiba...

Baiklah..... engkau bangun kembali dan kembali Aku menanti
dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiKu sedikit
waktu untuk menyapaKu... Tapi yang Kutunggu.... Ah tak juga
kau menyapaKu. Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh
berlalu... dan... kau masih mengacuhkan Aku. Tiada sepatah
kata, tiada seucap do'a, tiada pula harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU...

Apakah salahKu padamu...?
Rezeki yang Ku limpahkan, kesihatan yang Ku berikan,
Harta yang Ku relakan untukmu, makanan yang Ku hidangkan ,
Keselamatan yang Ku kurniakan, kebahagiaan yang Ku anugerahkan...
Apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKu???!!!

Percayalah, Aku selalu mengasihimu,
dan Aku tetap berharap suatu ketika nanti
engkau akan menyapaKu,
memohon perlindunganKu, bersujud menghadapKu...
Kembali kepadaKu...

Yang selalu menyertaimu setiap saat...

ALLAH

rintihan rasa warga tua

RINTIHAN RASA WARGA TUA

DULU,
Doa dititip memohon rahmat,
Lahir anak penyambung cinta,
Lahir anak penyeri gulana,
Lahir anak pembawa bahagia,
Lahir anak penyinar sukma.

KINI,
Remajanya anak membawa derita
Mencuri mencaci amalan biasa
Memonteng bila – bila suka
Merokok santapan jiwa
Malunya rasa bertemu pengetua
Bagai tak tahu menjaga mereka

DULU,
Anak lahir ditatang dikasih
Anak lahir dibedung dikendung
Anak lahir diulit didodoi
Anak lahir dimanja dididik
Anak lahir ditatih dilatih

KINI,
Dewasanya mengundang duka
Bila dibelai dikatanya mengada-ngada
Bila ditegur menjaga tepi kainnya
Bila dimanja zaman siber tak perlukan itu semua
Bila dimarah membalas berjela-jela

DULU,
Bendang serelong berlumpur dijejak
Getah tua berbacin diinjak
Untuk menyuap mulut si anak
Dapat mainan berlari di laman
Dapat pakaian indah di badan
KINI,
Lumpur bendang jijik ditapak
Bacin getah meloya tekak
Lupa anak bumi dipijak
Dulu pernah bermain bergelak
Makan dan pakai situ terletak

DULU,
Berbasikal tua mengendong jerih
Bermotor buruk memikul kasih
Ke sekolah anak ilmu ditagih
Ke surau anak iman dipilih

KINI,
Honda Perdana mengganti tempat
Meluncur menghala ke timur ke barat
Basikal tua dibiar menanti karat
Warga tua ditinggal biar merempat
Menagih menanti kasih yang usai
Mengharap janji anak ditunai
Menghitung hari rindu terlerai

DAN KINI,
Ayah bonda diherdik dihina
Maklumlah anak punya sarjana
Ayah bonda setakat darjah lima
Menulis membaca alif ba ta sahaja
Putra Jaya alam siber tak pernah dijejakinya
Anak hilang hormat dan mesra
Lupa sudah asal usulnya
Ayat Allah :
“ Jangan sekali-kali kamu berkata ah…”juga dilupa
Ajaran Nabi taatkan ibu bapa tak endah belaka.

FIKIRKAN,
APAKAH SALAH IBU MENGANDUNG ?
DAPAT ANAK TAK TAU DIUNTUNG !
APAKAH SALAH IBU MENDIDIK ?
SUDAH BESAR IBU DIHERDIK !!
APAKAH SALAH AYAH MENGAJAR?
SUDAH BESAR TINDAKAN TAK WAJAR !!!

BENARLAH UNGKAPAN,
IBU SEORANG BOLEH MENJAGA
SEPULUH ANAK
TETAPI ANAK YANG SEPULUH
TAK DAPAT MENJAGA IBU SEORANG !

Sabtu, 14 November 2009

peringatan untuk semua.....

peringatan untuk semua.....

Assalamualaikum.........

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

"Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, aku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan ... maka bila teringatkan mereka aku menangis."

Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?"

Beliau bersabda:

1.Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2.Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3.Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4.Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5.Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya.

6.Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka.

7.Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8.Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9.Wanita yg berkepala spt kepala babi & kaldai yg mendapat berjuta jenis siksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku,ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (dijilbab) dikalangan lelaki.

2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata.

3.Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.

5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.

6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.

7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhiasannya.

8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa etapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba(melaga-lagakan org) serta berdusta.

10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

wallahu a'lam.......

tatapan kasih

Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur.Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi yang paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketike di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana dan jauh berbeza ketika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika ia sedang tidur.Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah yang rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang beralihlah.Lihatlah ibu anda.Hmm..kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras.Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomel kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya itu, sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu: Ayah, ibu, kakak, abang, adik, sahabat, SEMUANYA. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.

Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan kita. Secara ajaib tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan
lagi melalui wajah jujur mereka katika sedang tidur.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka; orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, selama-lamanya.......


If you can touch it and you can see it, it's REAL.


If you can touch it but you can't see it, it's TRANSPARENT.


If you can't touch it but you can see it, it's VIRTUAL.


If you can't touch it and you can't see it, it's GONE.









HARGAILAH SETIAP PERTEMUAN KERANA,

DI SITU ADA KERINDUAN

untuk semua hamba allah

This is very intresting !!!


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan

naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.

Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki,

budak budak muda pakai seluar ketat.

Semua nak tunjuk kuat.

Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

Tapi hidup pula yang melarat.

Tali kasut dah tak berikat.

Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,

Pakai mini sekerat.

Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)

Suka sangat menunjukkan pusat.

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.

Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat.

Bila berjumpa, tangan berjabat.

Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.

Usah takut Allah dan malaikat.

Yang penting apa kita nak buat?

Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah

pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata

tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.


Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,

Esok atau lusa mungkin kiamat,

Sampai masa kita semua akan berangkat! .

Berangkat menuju ke negeri akhirat.


Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

Masa tu, send i ri mau ingat.


Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah ka mu buat...?

Harta benda anda, dari mana anda a dapat...?

Ilmu anta, adakah anta manafaat...?


Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera

meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.



Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat

handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan

sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar!

Allahhuakbar! Allahhuakbar!)

Ahad, 8 November 2009

Mengingati Mati

Mengingati Mati

Dalam rangka berubudiah dan mengingati Allah, adalah perlu untuk sentiasa dalam peningkatan dan penerusan amal, dan di antara perkara perkara yg boleh menolong kita dalam penerusan dlm tarbiyah dan amal ialah mengingati mati.

Sabda rasul saw:

Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yg menghapuskan kelazatan (mati), Maka sesungguhnya (dengan mengingati mati itu), dia tidak akan dlm keadaan banyak (angan-angan) melainkan mensedikitkannya, dan tidak dlm keadaan sedikit (amalan )melainkan memperbanyakkannya.”
Hadis riwayat al Baihaqi drp ibn Umar radiallahu anhuma.

“sesuatu yg menghapuskan kelazatan” dlm hadis tersebut adalah dimaksudkan dgn mengingati mati, perkara ini telah dijelaskan oleh satu sabda nabi saw yg lain dari riwayat Tarmizi dan Nasa-ie, ibn majah dan al Hakam.

“Banyakkanlah olah kamu akan mengingati sesuatu yg menghapuskan kesedapan iaitulah mati.”

Rasulullah saw pernah ditanya:
Siapakah orang orang beriman yg lebih bijak (al mukminun al akyas)? Jawab baginda: Mereka yg lebih byk mengingati mati dan lebih baik penyediaannya kpd perkara selepas mati, mereka itulah yg lebih bijak” (hadis riwayat ibn Majah drpd ibn Umar radiallahu anhuma).

Tentang mukminun al akyas (mukmin yg bijak ) atau al kayyisu (org yg bijak) Diceritakan dari hadis yg lain riwayat imam Ahmad,Tarmizi,ibn Majah,Hakam drpd Saddad ibn Aus:

“Al kayyisu (org yg bijak/cerdik) ialah siapa yg menghisab dirinya dan beramal dgn utk bekalan selepas mati.”

Mati merupakan azab kesakitan,sengsara yg akan dilalui oleh semua yg hidup, apatah lagi seseorg yg kufur dan engkar kpd Allah. Dengan menginsafi kesakitan dan kesengsaraannya sudah tentu mengingati mati bermanfaat besar utk menjauhkan diri seseorg daripada sesuatu yg melalaikan dirinya dan merosakkan amal kebajikannya serta mendekatkan dirinya kpd hari akhirat.

Sebab bagi lupa diri dan lalai drpd mengingati mati:

1.Panjang angan angan (yg tidak memberi manfaat dunia akhirat)
2.kasihkan dunia i.e perkara yg melalaikannya serta menjauhkannya dari keredhaan ALlah.

Daripada ibn umar radiallahu anhuma berkata: “Rasulullah bersabda: Jadilah dirimu di dunia ini seumpama engkau Gharib (org yg dagang, kembara/pendatang) atau seperti sedang bermusafir di jalanan (lalu di jalan)” (Hadis Riwayat Bukhari )

Inilah kata kata yg amat tepat, pengertian yg mendalam yg pernah diajarkan oleh Rasul SAW tentang hakikat hidup didunia ini kpd Ibn Umar r.a. Lihatlah petunjuk ini dan fikirkanlah dgn mendalam, sudah tentu dengan memahami hakikat org dagang atau hakikat pengembaraan kita dpt memahami apa sebenarnya hidup kita ini.

Begitulah sabda nabi saw yg kalau digali terlalu byk pengertiannya, antaranya :

1.Hidup di dunia ini umpama kita sedang bermusafir dari satu tempat ke tempat lain,sudah tentu kita perlukan persediaan, bekalan, kita tidak berniat atau leka utk menetap di sini sebab kita sedang dlm perjalanan. kita tidak mengambil semua yg ada di sini,sebab sudah tentu tidak mampu kita simpan,seorang musafir hanya perlu kpd benda yg penting yg tidak menyusahkan perjalanannya, juga bekalan semugakembalinya dgn sesuatu hasil yg lumayan.

2.Hidup di dunia umpama acara acara, peristiwa yg kita akan lalui datang dan pergi sudah tentu kita perlu bersedia untuK melalui peristiwa peristiwa itu,kerana masanya yg singkat, dan kita berharap dapat melaluinya dengan baik.

3.Hidup di dunia ibarat melalui satu arus pelayaran kehidupan, masanya kian sampai utk tiba ke tempat tujuan, sudah pasti kita membawa perbekalan,bersedia sebaiknya utk pelayaran ini, dan bersedia membawa pulang hasil hasilnya nanti. kelak jua kita akan ditanya tentang masa yg telah digunakan,bicara tentang amal dan pelakuan. Begitu banyak yg boleh dipelajari dari sabda rasul saw itu, dan hakikat hidup ini boleh difahami dengan memerhati dua ciri tersebut iaitu ciri orang yg dagang (asing) dan sedang bermusafir berkelana. Memahami sabda inilah maka Ibn Umar radiallahu anhuma berkata:

“jika engkau melalui waktu petang maka jgnlah menunggu hingga waktu pagi.jika kamu melalui pagi, jgnlah menunggu hingga waktu petang, gunakanlah waktu sihatmu sebelum masa sakitmu. waktu hidupmu sebelum masa matimu.”

Kejahilan tentang hakikat kehidupan,dari mana datangnya,kenapa didatangkan,ke mana kembalinya. kejahilan tentang nilai dunia yg akan ditinggalkan berbanding akhirat tempat kembalinya yg abadi.

Antara perkara perkara yg mengingatkan mati ialah menziarahi qubur

Sabda rasul SAW: "Ziarahilah qubur, sesungguhnya qubur itu mengingatkan kpd kematian"
Hadis riwayat Muslim dpd Abu Hurairah.
"Aku dahulu telah menegah kamu menziarahi qubur, maka kini ziarahilah qubur; kerana dgn menziarahinya menambahkan kezuhudan kpd dunia dan mengingatkan kamu tentang akhirat."
Hadis riwayat ibn Majah dan al Hakam dpd ibn Mas 'ud radiallahu anhu.

Pendek Angan angan adalah menyedari dan memahami perkara perkara yg akan dilalui selepas kematian lalu bersedia untuk melaluinya dengan menjaga amalan dan menjauhi perkara perkara larangan. Angan angan dan cita cita manusia berbeza, Ada orang bercita cita utk hidup seribu tahun. Inilah yg diceritakan oleh Allah swt dlm al Quran nul karim surah al Baqarah ayat 96:

Maksudnya: "Bercita cita seseorang dari kamu sekiranya dipanjangkan umurnya seribu tahun".

Sabda Rasul saw: "Hati seorang tua itu sentiasa muda dengan mengasihi dua perkara; lama hidup (panjang umur) dan harta" Hadis riwayat Muslim dan Ibn Majah dpd Abu Hurairah.; juga hadis yg mempunyai makna yg sama diriwayatkan oleh Bukhari.

# dimaksudkan dgn muda iaitu kuat sempurna kasih (hendak) panjang umur dan harta seperti kehendak org muda pada usia mudanya.Ada juga org yg berharap utk hidup lagi setahun, ada yg berharap dapat hidup lagi utk 6 bulan, ada yg berharap sehari semalam ; Itulah permintaan manusia yg mengingati kematian,menyedari atau diberitahu bahwa dia akan mati; cita cita atau harapan itu juga berbeza mengikut amalan atau untuk apakah telah dihabiskan usia hidupnya

Diceritakan daripada Mu'az bin Jabal radiallahu anhu dari riwayat Abu Nu'aim dlm kitab ah hulliyah daripada Anas radiallahu anhu berkata: "Tidak melangkah satu langkahan melainkan aku menyangka bahawa aku tidak akan sempat utk teruskan satu langkah yg lain"

Pendeklah angan angan dan cita cita kosong dgn menyedari hakikat kematian, lalu bersegera utk beribadah dan melaksanakan ketaatan yg menjadi tugas sebenar kewujudannya di muka bumi.

Itulah petunjuk yg diperolehi oleh org yg tidak lalai dari mengingati mati; dia bersedia pada pagi pagi yg diingat hakikat kematian, lalu bertaubat dan melaksanakan amal yg baik. jika hidupnya terus sampai petang maka syukurlah dirinya kpd Allah kerana berpeluang mentaatinya dan gembira kerana hari harinya tidak sia sia, Kemudian dia bersedia lagi pada petang itu hingga tiba pagi. Lalu bersyukur kerana sepanjang malam itu hidupnya dalam ketaatan dan gembira kerana malamnya tidak dibiarkan sepi kosong dpd amal soleh. Begitulah dirinya tiap tiap pagi dan petang, hatinya tidak kosong dari menginsafi hakikat kematian; maka ingatan kpd mati itu TUAH baginya dan hidupnya bertambah dgn kebajikan dan kebaikan.

10 peringat bumi kepada manusia

Mampukah Anda????

10 peringat bumi kepada manusia

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa manusia sering alpa dan leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara. Beliau berkata saban hari bumi sentiasa berkata saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia dan mengingatkan manusia akan usia mereka yang semakin dekat ke penghujung kehidupan dan peringatan supaya anak Adam merenung jumlah amalan mereka untuk dijadikan bekalan selepas MATI.

Katanya sesungguhnya, setiap hari bumi menyeru kepada manusia dgn 10 perkara :-

1.Wahai anak Adam!!!!!!!Berjalanlah diatas perutku, tetapi ingat engkau akan dimasukkan kedalamnya kelak!

2. Engkau melakukan maksiat diatas belakangku, tetapi ingat engkau akan diazab dalam perutku.

3. Engkau ketawa diatas perutku, tetapi ingat satu hari nanti kau akan menangis didalam perutku.

4. Engkau bergembira diatasku, tetapi ingat satu hari kelak kau akan kecewa dalam perutku.

5.Engkau mengumpul harta diatas belakangku, tetapi suatu hari kelak kau akan menyesal kerana tidak mengumpul amal kebajikan waktu didunia dalam perutku.

6. Engkau makan benda yag haram diatasku, tetapi ingat kel;ak engkau akan dimakan oleh ulat didalam perutku.

7. Engkau angkuh dan sombong diatasku, tetapi ingat kelak engkau akan dihina dalam perutku.

8. Engkau berlari dgn riang diatasku, tetapi ingatlah engkau akan jatuh dalam keadaan dukacita dalam perutku.

9. Engkau hidup bersiram cahaya matahari,bulan dan bintang diatasku, tetapi ingat kelak kau akan tinggal dalam kegelapan dalam perutku.

10.Engkau hidup diatasku beramai2, tetapi ingat satu hari kelak kau akan berseorangan dalam perutku.

Ingatilah bahawa kehidupan kadangkala
apa yang kita anggap kita mampu buat bukan lah seperti yang kita fikirkan...
Tapi seandainya apa yang kita tak mampu
kita cuba dan berjaya itulah bukti kasihnya yang esa kepada umatnya..."

Lelaki dan Wanita

Lelaki dan Wanita
Sejak dulu lagi, ramai orang mempertikaikan tentang lelaki dan wanita. Lelaki nak jadi perempuan, perempuan yang nak setaraf dengan lelaki dan bermacam-macam isu lagi. Pelik juga untuk difikirkan mengenai hal sebegini, tapi itulah realiti yang terjadi.

Yang dinamakan lelaki...

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

Yang dinamakan wanita...

1 Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Yang dinamakan lelaki...

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.


Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Yang dinamakan wanita...

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika tersilap).

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH, sayangnya ALLAH pada wanita'kan?

kisah berkat di sebalik nembaca bismillah

kisah berkat di sebalik nembaca bismillah


"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

hak dan kewajiban suami isteri

hak dan kewajiban suami isteri

HAK-HAK BERSAMA

1. Bersifat amanah.
2. Berkasih sayang.
3. Saling mempercayai.
4. Mengekalkan kerukunan rumahtangga.
5. Mengajar dan mendidik anak-anak.

KEWAJIBAN SUAMI TERHADAP ISTERI


a- Hendaklah mempergauli isteri dengan pergaulan yang baik.

*  nafqah zahir…makan, pakai & kediaman
*  nafqah batin….4 bulan 1X

b- Mengajar isteri perkara-perkara Fardu Ain jika isteri jahil.

c- Mendidiknya dengan ajaran dan adab-adab Islam.

* pakaian
* bersolek
* bergaul

d- Menjaga maruah dan rahsia isteri.


KEWAJIBAN ISTERI TERHADAP SUAMI

a- Mentaati suami dalam perkara yang tidak maksiat.

b- Memelihara maruah, anak-anak dan harta suami.

c- Sentiasa dalam rumah, keluar dengan izin suami sahaja.

d- Menjaga maruah dan kehormatannya.

Sabtu, 7 November 2009

rintihan rasa warga tua

rintihan rasa warga tua

DULU,

Doa dititip memohon rahmat,
Lahir anak penyambung cinta,
Lahir anak penyeri gulana,
Lahir anak pembawa bahagia,
Lahir anak penyinar sukma.

KINI,
Remajanya anak membawa derita
Mencuri mencaci amalan biasa
Memonteng bila – bila suka
Merokok santapan jiwa
Malunya rasa bertemu pengetua
Bagai tak tahu menjaga mereka

DULU,
Anak lahir ditatang dikasih
Anak lahir dibedung dikendung
Anak lahir diulit didodoi
Anak lahir dimanja dididik
Anak lahir ditatih dilatih

KINI,
Dewasanya mengundang duka
Bila dibelai dikatanya mengada-ngada
Bila ditegur menjaga tepi kainnya
Bila dimanja zaman siber tak perlukan itu semua
Bila dimarah membalas berjela-jela

DULU,
Bendang serelong berlumpur dijejak
Getah tua berbacin diinjak
Untuk menyuap mulut si anak
Dapat mainan berlari di laman
Dapat pakaian indah di badan

KINI,
Lumpur bendang jijik ditapak
Bacin getah meloya tekak
Lupa anak bumi dipijak
Dulu pernah bermain bergelak
Makan dan pakai situ terletak

DULU,
Berbasikal tua mengendong jerih
Bermotor buruk memikul kasih
Ke sekolah anak ilmu ditagih
Ke surau anak iman dipilih

KINI,
Honda Perdana mengganti tempat
Meluncur menghala ke timur ke barat
Basikal tua dibiar menanti karat
Warga tua ditinggal biar merempat
Menagih menanti kasih yang usai
Mengharap janji anak ditunai
Menghitung hari rindu terlerai

DAN KINI,
Ayah bonda diherdik dihina
Maklumlah anak punya sarjana
Ayah bonda setakat darjah lima
Menulis membaca alif ba ta sahaja
Putra Jaya alam siber tak pernah dijejakinya
Anak hilang hormat dan mesra
Lupa sudah asal usulnya
Ayat Allah :
Jangan sekali-kali kamu berkata ah…”juga dilupa
Ajaran Nabi taatkan ibu bapa tak endah belaka.



FIKIRKAN,
APAKAH SALAH IBU MENGANDUNG ?
DAPAT ANAK TAK TAU DIUNTUNG !
APAKAH SALAH IBU MENDIDIK ?
SUDAH BESAR IBU DIHERDIK !!
APAKAH SALAH AYAH MENGAJAR?
SUDAH BESAR TINDAKAN TAK WAJAR !!!

BENARLAH UNGKAPAN,
IBU SEORANG BOLEH MENJAGA
SEPULUH ANAK
TETAPI ANAK YANG SEPULUH
TAK DAPAT MENJAGA IBU SEORANG !

fatamorgana

fatamorgana - erti sebuah kehidupan seorang remaja

PENDAHULUAN

Keruntuhan moral dan akhlak remaja Islam pada hari ini sudah sampai ke satu tahap yang amat membimbangkan . Di merata tempat khususnya di bandar-bandar besar kita dapat saksikan gelagat dan aksi mereka yang boleh dikatakan keterlaluan dan tidak pernah kita fikirkan sebelum ini seperti minum minuman keras, pergaulan bebas, memukul guru dan sebagainya . Suatu perkara yang mengkhuatirkan kita adalah remaja Islam hari ini sudah berani meninggalkan kewajipan mereka yang seharusnya dilaksanakan oleh setiap muslim yang akil baligh . Kejadian-kejadian seperti ini mengajak kita berfikir di mana salahnya sehingga fenomena sebegini boleh terjadi .

PUNCA KEKELIRUAN REMAJA

Berbagai-bagai tindakan negatif remaja Islam pada hari ini sehingga meruntuhkan nilai-nilai akhlak mereka boleh dikatakan berpunca daripada kekeliruan mereka dalam memahami dan menyingkapi masa muda. Majoriti daripada mereka beranggapan bahawa masa muda adalah masa untuk bersuka ria, bebas tanpa sebarang ikatan peraturan dan bersenang-lenang. Justeru belum puas mengecapi nikmat kebebasan hidup, ada di kalangan mereka yang sanggup mengetepikan soal akidah dan syari’at kerana dikatakan belum sampai waktu untuk beramal ibadat atau pun ia bukan gaya hidup remaja moden.

Sebenarnya, masa muda merupakan titik mula yang paling sesuai seseorang itu memupuk dan memperbanyak amal kebajikan, beramal soleh dan menabur bakti sebanyak mungkin. Apabila seseorang itu sudah dibiasakan dengan perkara-perkara mahmudah sejak kecil, sudah pasti masa dewasanya adalah dicorakkan dengan perkara-perkara mahmudah atau amalan-amalan kebaikan juga. Keadaan ini amat bersesuaian dengan hadith Rasululllah SAW yang bermaksud :

“Setiap anak itu dilahirkan secara fitrah , maka ibu bapanyalah yang sama ada menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi”.

Berikut dikemukakan beberapa bentuk kebejatan moral di kalangan remaja Islam dan pandangan Islam mengenainya :

1. MEREMEHKAN KEWAJIPAN

Golongan remaja yang meremehkan kewajipan-kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. adalah mereka yang alpa dan tidak sedar bahawa tujuan Allah S.W.T. mencipta manusia ialah semata-mata untuk beribadat kepada-Nya. Kealpaan ini telah menyebabkan mereka gagal melaksanakan segala tuntutan dan kewajipan dirinya sebagai hamba Allah S.W.T, dan kewajipan terhadap hak dirinya serta terhadap masyarakat sekeliling.

Kewajipan yang paling ketara dilupakan atau diremehkan oleh kebanyakan remaja Islam adalah solat fardhu lima waktu yang merupakan ibadat paling agung setelah syahadatain. Bahkan terdapat juga kalangan mereka yang tidak mendirikan solat itu memberikan alasan tidak tahu mengerjakan solat . Jika ditinjau dari sudut syariat , sepatutnya mereka telah dididik dan dibimbing oleh ibu bapa mereka bagaimana cara mendirikan solat sejak umur tujuh tahun lagi selaras dengan hadis Nabi S.A.W.:

“Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah dia apabila mencapai usia sepuluh tahun ( jika dia enggan melakukannya )” .

Apabila seseorang itu telah mengabaikan kewajipan solat maka kita akan dapati ia juga akan mengabaikan tanggungjawabnya yang lain dan akhlak dalam kehidupan sehariannya juga menggambarkan akhlak yang mazmumah . Ini adalah kerana solat merupakan benteng kepada seseorang itu daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar . Ia berdasarkan firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar…”Surah Al-Ankabut : 45

Kita juga dapat melihat remaja Islam sering mengabaikan kewajipan dalam hal menuntut ilmu . Oleh sebab inginkan keseronokan dalam kehidupan , mereka tidak menghiraukan masa depannya sendiri . Ilmu yang sepatutnya ditimba dan dicari sebanyak mungkin dalam masa usia muda dibiarkan walaupun peluang untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya amat luas . Justeru itu , kita dapati timbul masalah-masalah disiplin di sekolah seperti ponteng kelas atau sekolah , tidak membuat kerjarumah yang diarahkan oleh guru jauh sekali membuat kajian sendiri atau ulangkaji .

2. MENSIA-SIAKAN WAKTU MUDA

Perkara ini berlaku disebabkan oleh tiada kesedaran mengenai hakikat usia muda dan hakikat realiti kehidupan manusia . Sekiranya remaja mengetahui hakikat masa muda itu adalah kehidupan sebenar manusia, maka mereka tidak akan membiarkan zaman remaja berlalu begitu sahaja. Masa muda adalah masa yang paling produktif dan medan yang subur untuk memperbanyak amal kebajikan, masa yang penuh semangat dan keinginan yang membara.

Cuba remaja perhatikan dan renungkan bagaimana seorang yang telah uzur menunaikan solat. Betapa kepayahan dan kesukaran untuk duduk dan bangkit semasa menunaikan kewajipan tersebut. Bayangkanlah sekiranya anda berada dalam situasi itu. Sebahagian ulamak salaf berkata:

“Wahai anak Adam! Kamu adalah hari-hari yang berputar, apabila berlalu satu hari, maka umur kamu telah berkurangan”.

3. TABIAT MEROKOK

Fenomena merokok di kalangan remaja terutama pelajar sekolah amat membimbangkan . Ini berdasarkan kepada sikap remaja hari ini yang tidak merasakan segan dan silu terhadap masyarakat sekitarnya semasa membeli rokok di kedai secara terbuka. Walaupun amaran tidak boleh menjual rokok kepada remaja di bawah umur 18 tahun terpampang di mana-mana, namun keghairahan remaja untuk mendapatkannya menggambarkan kepada kita betapa seriusnya masalah ini dan betapa remaja tidak dapat menahan dan mengekang rasa ketagih terhadap rokok.

Keburukan tabiat merokok sudah diketahui umum, sama ada dilihat dari aspek kesihatan, kejiwaan, sosial malah ekonomi. Oleh sebab itu, tidak hairanlah banyak ulamak yang menyatakan hukum merokok adalah haram berdasarkan dalil yang berkaitan dengan bahaya-bahaya tersebut.

4. SUKA MENIRU BUDAYA ORANG KAFIR

Naluri remaja yang belum mencapai tahap kematangan yang memadai mudah terikut dengan arus perdana sama ada positif atau negatif. Ini ditambah dengan keinginan mencuba perkara baru dalam kehidupan tanpa memikirkan kesan, risiko serta akibat daripada percubaan tersebut. Sementara dari aspek kesihatan pula, budaya mewarnakan rambut menurut kajian klinikal oleh doktor boleh menyebabkan penyakit barah otak atau barah kulit yang serius. Manakala dari aspek keagamaan, Islam melarang umatnya mewarnakan rambut kerana ia menjadi punca sesuatu amalan yang dilakukan tidak diterima.

Remaja lebih bangga apabila menjadikan seseorang artis sebagai idola mereka. Tidak cukup hanya membeli kaset atau cakera padat artis yang dipuja, malah sanggup menampal gambar artis tersebut di dinding bilik mereka. Lebih membanggakan lagi apabila remaja tersebut dapat menyanyikan lagu-lagu artis pujaan mereka seperti nyanyian dalam kaset.

Remaja kini merasa amat malu untuk menghiasi diri mereka dengan ketinggian akhlak yang dianjurkan oleh Islam sehingga mereka lupa sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dalam golongan itu”.
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

5. MENGGUNAKAN KATA-KATA KESAT DAN LUCAH

Fenomena ini amat ketara dalam masyarakat terutama di kalangan remaja. Sikap ini telah diberi penekanan oleh al-Qur’an di dalam surah al-hujurat ayat 11-12. Sikap suka memperlekehkan orang lain berpunca daripada keegoan yang tinggi dan sikap dengki yang tidak terkawal. Suka memandang orang lain dengan penuh rasa curiga dan syak wasangka. Bermula dari sinilah lahir sikap suka menggelar seseorang dengan gelaran yang tidak baik yang boleh menjatuhkan maruahnya.

Pengaruh media massa terutama media elektronik seperti televisyen, komputer dan radio menyajikan maklumat lucah dan kata-kata yang kesat menggalakkan penggunaan kata-kata tersebut di kalangan remaja. Dalam hal ini, marilah kita mengimbas sebuah hadith Rasulullah S.A.W. yang mengingatkan kita bahaya mencaci dan menghina orang lain :

“Di antara dosa besar adalah seseorang mencaci kedua ibu bapanya ?” Para sahabat bertanya:“Bagaimana seseorang mencaci orang tuanya?” Nabi bersabda: “Dia mencaci bapa seseorang maka orang itu mencaci bapanya”.

6. DERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA

Ibu bapa adalah orang yang istimewa dalam kehidupan seorang insan. Tanpa mereka berdua , siapalah kita sebagai anak. Namun pada hari ini anak-anak kurang menghormati dan menghargai ibu bapa mereka, terutama anak-anak remaja.

Mereka sanggup menengking dan mengherdik ibu bapa mereka bagaikan orang gaji di rumah apabila permintaan mereka tidak dipenuhi . Lebih malang lagi terdapat di kalangan remaja yang berani mengugut ibu bapa dengan ugutan yang boleh mengancam keselamatan ibu bapa.

Kekadang anak remaja yang sedang meningkat dewasa , dilamun cinta dengan pasangan yang berlainan jantina. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi permintaan pasangan mereka , walaupun terpaksa menggunakan wang saku yang diberikan oleh ibu bapa mereka . Malah mereka tergamak mengenepikan harapan ibu bapa mereka demi menjaga hati pasangan mereka.

Adakah wajar tindakan anak remaja yang telah dididik dan dibesarkan dalam suasana kasih sayang sekian lama oleh ibu bapa , dengan tidak semena-mena mereka lebih mengutamakan orang lain yang baru dikenali dan tidak diketahui hati budi mereka?

Cukuplah maksud hadis Nabi S.A.W. sebagai amaran keras kepada remaja yang belum sedar dan insaf tentang keterlanjuran mereka menderhaka ibu bapa :

“ Terlaknatlah siapa saja yang menderhakai kedua ibu bapanya ”.


KESIMPULAN

Remaja adalah manusia muda yang sedang mengalami alam pancaroba secara biologikal dan psikologikal . Mereka memerlukan pendekatan tersendiri dalam membentuk tingkah laku dan pertumbuhan jiwa agar tidak terkeluar dari garis panduan yang ditetapkan oleh syariat . Di sinilah letaknya peranan golongan dewasa khususnya ibu bapa, para pendidik dan ahli cendekiawan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkembangan diri remaja . Mereka perlu memainkan peranan secara kolektif termasuklah mendidik , membimbing , melindungi dan mempersiap anak remaja untuk menjadi anggota masyarakat yang berkualiti . Mereka juga seharusnya bertindak sebagai penghubung antara kehidupan remaja dengan kehidupan sosial sehingga mereka dapat memahami matlamat kehidupan yang sebenar .

Pengikut

Template by : kendhin x-template.blogspot.com