Ahad, 6 Disember 2009

Akal Wanita Setipis Rambutnya



AKAL WANITA SETIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah,

Masih mencari walaupun ada segalanya,

Apa yang tiada di dalam syurga, Namun Adam rindukan Hawa,

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok

Untuk diluruskan oleh lelaki,

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,

Mana mungkin kayu yang bengkok akan menghasilkan

Bayang yang lurus,

Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t.

Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya,

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta nanti mereka akan leka,

Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan, nanti mereka semakin menderita,

Kenalkan mereka dengan Allah s.w.t yang kekal,

Akalnya setipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu,

Hatinya serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman,

Perasaannya selembut sutera, hiasi ia dengan akhlak,

Suburkanlah ia kerana di situlah nantinya mereka akan lihat nilaian

Dan keadilan Tuhan

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan itu bukan satu kelemahan,

Ia bukan diskriminasi Tuhan,

Sebaliknya di situ kasih sayang Tuhan,

Wanita yang lupa hakikat kejadian pasti tidak akan terhibur

Dan menghiburkan,

Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus,

Bahkan akan terus membengkok,

Pasti dunia lelaki menjadi huru-hara,

Lelaki pun janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata,

Tapi binalah kepimpinan,

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,

Pimpinlah dirimu kepada-Nya,

Jinakkan segala-galanya di bawah pimpinanmu,

Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahrah,

Jika dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karramallahuwajhah.

Pengikut

Template by : kendhin x-template.blogspot.com