Jumaat, 18 Disember 2009

Dari Lukman Al-Hakim

Wahai Anakku...

Dan ingatlah ketika Lukman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya : ”Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

”Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (baik dan buruk) walaupun sebesar biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau dilangit ataupun dibumi, sudah pasti akan dihadapkan kepada Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya), sesungguhnya Allah Maha Halus Pengetahuan-Nya lagi amat meliputi segala yang tersembunyi.

”Wahai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang amat dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar tidak karam, layarilah lautan itu dengan sampan bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah”.

Wahai anakku, orang yang merasakan dirinya hina di dalam beribadah kepada Allah, maknanya dia tawaddu’ kepada-Nya, dia akan lebih dekat kepada Allah serta selalu menghindari maksiat kepada-Nya”.

“Wahai anakku, seandainya orang tuamu marah padamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman”.

“Wahai anakku, jauhilah dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwkatu malam”.

“Wahai anakku, janganlah kamu ghairah utnuk mengasihi orang jahil kerana dia akan menganggap kamu redha dengan amalannya”.

”Wahai anakku, janganlah kamu bersifat tamak haloba. Seburuk-buruk tamak ialah apa-apa yang merenggangkan antara sahabat dengan sahabatnya yang lain”.

”Wahai aankku, jangalah kamu duduk pada majlis yang tidak mengingati Allah, sekiranya kamu seorang yang alim, nescaya mereka tidak memanfaatkan ilmumu, sekiranya kamu seorang jahil nescaya akan menambahkan kejahilanmu. Sekiranya Allah menurunkan murka-Nya pada majlis itu, kamu akan turut menerima bahannya”.

Pengikut

Template by : kendhin x-template.blogspot.com