Jumaat, 30 Oktober 2009

durhaka terhadap orang tua

Durhaka Kepada Dua Orang Tua, Dosa Besar

 Kewajiban anak terhadap orang -tua, iaitu berbuat baik, taat dan menghormat. Ini sesuai dengan panggilan fitrah yang harus dipenuhi dengan sebaik-baiknya.Dan yang lebih hebat lagi ialah hak ibu, sebab dialah yang paling berat menanggung penderitaan waktu mengandung, melahirkan, menyusui, dan mengasuh. Firman Allah Ta'ala:

“Dan kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu-bapanya, ibunya telah mengandung dia dengan susah-payah dan melahirkannya dengan susah-payah pula; mengandung dan menyusuinya selama 30 bulan.” (al-Ahqaf: 16)

Diriwayatkan: "Ada seorang laki-laki datang kepada Nabi dan bertanya: Siapakah manusia yang lebih berhak saya kawani dengan baik? Ia menjawab: Ibumu! Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Ia menjawab: Ibumu! Dia bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ia menjawab: Ibumu! Dia bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ia menjawab: Ayahmu!" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi anggap durhaka kepada dua orang tua itu sebagai dosa besar, sesudah syirik. Begitulah sebagaimana ungkapan al-Quran. Oleh kerana itu dalam hadisnya, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Mahukah kamu saya terangkan sebesar-besar dosa besar --tiga kali. Mereka menjawab: Mahu, ya Rasulullah! Maka bersabdalah Nabi, iaitu: menyekutukan Allah, durhaka kepada dua orang tua --waktu itu dia berdiri sambil bersandar, kemudian duduk, dan berkata: Ingatlah! Omongan dusta dan saksi dusta." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Ada tiga orang yang tidak akan masuk sorga: 1) orang yang durhaka kepada dua orang tua; 2) laki-laki yang tidak ada perasaan cemburu terhadap keluarganya; 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

"Semua dosa akan ditangguhkan Allah sampai nanti hari kiamat apa saja yang Dia kehendaki, kecuali durhaka kepada dua orang tua, maka sesungguhnya Allah akan menyegerakan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum meninggal." (Riwayat Hakim dan ia sahkan sanadnya)

Allah memperkuat pesannya untuk berbuat baik kepada dua orang tua ini, ketika kedua orang tua tersebut telah mencapai umur lanjut, kekuatannya sudah mulai menurun, mereka sudah mulai sangat memerlukan pertolongan dan dijaganya perasaannya yang mudah tersinggung itu. Dalam hal ini Allah berfirman sebagai berikut:

“Tuhanmu telah memerintahkan hendaklah kamu tidak berbakti kecuali kepadaNya dan berbuat baik kepada dua orang tua, jika salah satu di antara mereka atau keduanya sudah sampai umur tua dan berada dalam pemeliharaanmu, maka janganlah kamu katakan kepada mereka itu kata-kata 'uff' (kalimat yang tidak menyenangkan hati), dan jangan kamu bentak mereka, tetapi katakanlah kepada mereka berdua kata-kata yang mulia. Dan rendahkanlah terhadap mereka berdua sayap kerendahan kerana kasih, dan doakanlah kepada Tuhanmu: Ya Tuhanku! Berilah rahmat mereka itu, sebagaimana mereka telah memeliharaku di waktu aku masih kecil.” (al-Isra': 23-24)

Beberapa atsar (omongan para sahabat) menyebutkan dalam mengiringi ayat-ayat ini dengan mengatakan: andaikata ada kalimat yang oleh Allah dipandang lebih rendah daripada uff, niscaya Ia haramkan juga.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Jika aku jatuh hati

Jika aku jatuh hati

Ya Allah jika aku jatuh cinta,

Cintakanlah aku pada seseorang

yang melabuhkan cintanya kepadamu,

agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu..


Ya Muhaimin jika kau jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padamu

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..


Ya Rabbana jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatimu..


Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,

Rindukanlah aku pada seseoramg

yang merindui syahid dijalanmu..


Ya allah jika aku menikmati cinta kekasihmu,

Janganlah kenikatan itu

melebihi kenikmatan indahnya

Bermunajat di sepertiga malam terakhirmu..


Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihmu,

Jangan biarkan aku tertatih

dan terjatuh dalam Perjalanan panjang

menyeru manusia kepadamu..


Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihmu,

Jangan biarkan aku melampaui batas

Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki

Dan rindu abadi hanya kepadamu..

Amin…


Doaku..moga kita sama-sama Berjaya di dunia dan akhirat..
Berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran..
Yang sememangnya menguji kekuatan iman ..Kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang..





Khamis, 15 Oktober 2009

JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA

JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

PESANAN RASULULLAH TERHADAP WANITA

PESANAN RASULULLAH TERHADAP WANITA

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

SISTEM PENDIDIKAN ISLAM

SISTEM PENDIDIKAN ISLAM UNIK DAN PRAKTIK

RATA-RATA masyarakat manusia hari ini berada dalam keadaan yang mencemaskan. Mereka diseret oleh pelbagai ideologi dan isme tanpa mengetahui haluan hidup sebagai insan di atas muka bumi ini. Mereka telah dijadikan medan atau bahan percubaan oleh pelbagai sistem pendidikan, politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lain tanpa menyedari hakikat sebenar kewujudan mereka sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Isra’ ayat 70-72 yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."

“Ingatlah suatu hari (yang pada hari itu) Kami panggil setiap umat manusia dengan pemimpinnya, dan barang siapa yang diberi kita amalannya di tangan kanannya maka mereka akan membaca kitabnya itu dan mereka tidak dianiaya sedikit pun."

“Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).”


CARA ISLAM MENDIDIK MANUSIA

Dalam mendidik manusia, Islam mengambil kira hakikat kejadian manusia yang terdiri daripada jasmani, akal dan jiwa, tanpa mengabaikan sebarang bahagian pun. Dengan itu, Islam mendidik manusia secara menyeluruh - meliputi semua aspek kehidupannya sama ada jasmani, akal dan jiwa atau kehidupan yang bersifat maddi (material) dan maknawi (spiritual).

Pengabaian sebarang bahagian itu dikira menganiayai manusia sendiri dan boleh menyebabkan ketidakseimbangan sifat keinsanannya. Ia juga boleh menjejaskan hakikat sebenar kewujudannya di atas muka bumi. Ini akan menjejaskan taraf ubudiyah (perhambaan) manusia sebagai makhluk pilihan Allah SWT. Firman Allah dalam Surah ar-Rum, ayat 30 yang bermaksud:

“... (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) ad-din yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Di dalam Surah az-Zariyat ayat 56 pula Allah menjelaskan yang bermaksud:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.”

Islam adalah ad-din Allah SWT yang diturunkan untuk manusia yang dijadikan dengan fitrah-Nya. Dengan perkataan lain, Islam adalah ad-din al-fitrah yang diturunkan untuk kemaslahatan manusia sendiri. Oleh itu, di dalam menangani pendidikan manusia, Islam memberikan hak yang sama rata, adil dan saksama kepada komponen kejadian manusia - jasad, akal dan jiwa. Pendidikan seperti ini tidak ada pada sistem-sistem lain atau agama-agama yang telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya.

Di kalangan sistem bukan Islam, ada sistem yang mementingkan sesuatu yang bersifat makhsus (boleh dikesan dengan pancaindera). Pada mereka, hanya sesuatu yang dapat dikesan dengan pancaindera bersifat hakiki manakala yang lain adalah tidak penting. Sistem pendidikan ini hanya memberikan perhatian kepada aspek maddi dan makhsus di dalam kehidupan manusia. Jika dimasukkan aspek roh atau jiwa, ia tidak dijadikan sebagai asas, terpisah serta tidak mempunyai pengaruh di dalam kehidupan maddi.

Aqidah pada sistem tersebut, tidak menjadi asas kepada pembangunan maddi dan sesuatu yang bersifat makhsus. Sistem itu membangunkan kehidupan maddi dalam bidang kemasyarakatan, politik, ekonomi dan sebagainya. Pada masa yang sama, manusia yang dilahiran oleh sistem pendidikan itu menghadapi krisis di tengah-tengah pembangunan maddi di atas muka bumi ini. Sebaliknya, jika aqidah menjadi tonggak bagi semua pembangunan dan kegiatan hidup manusia, akan lahirlah kebenaran, keadilan, sifat bertimbang rasa, amanah, berakhlak, berkasih sayang serta saling menghormati antara satu sama lain.

Ada pula sistem yang mementingkan aspek kerohanian semata-mata dan menganggap jasad dan sesuatu berkaitan dengannya sebagai kotor serta tidak harus diberikan perhatian, dipatuhi dan dituruti tuntutan dan kemahuannya. Natijahnya, manusia yang dilahirkan oleh sistem tersebut terpisah daripada pembangunan maddi serta berligar-ligar dengan kehidupan takasuf dan tasawuf mereka. Mereka terpisah daripada hakikat kewujudan insan sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi.

Kedua-dua sistem itu jauh daripada hakikat fitrah insaniyah serta kejadian manusia seperti yang ditegaskan oleh al-Quran dalam Surah az-Zariyat ayat 56.

Sebaliknya, Islam menghimpunkan aspek makhsus, maddi, kerohanian dan akal secara bersepadu, memberi dan menyahut kehendak masing-masing secara adil dan saksama tanpa menzalimi sebarang aspek pun. Proses pendidikan yang melibatkan ketiga-tiga komponen itu berjalan secara berterusan hingga melahirkan kesedaran bahawa setiap komponen saling memerlukan antara satu sama lain. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya bagi badan kamu ada haknya ke atas kamu.”


PELAKSANAAN IBADAH DAN PENDIDIKAN ISLAM

Meneliti setiap ibadah di dalam Islam, kita akan dapati bahawa instisari pelaksanaannya sebenarnya menterjemah-kan hakikat pendidikan Islam yang bersifat wehdah mutakamilah (bersatu secara bersepadu). Dengan perkataan lain, aspek jasad, akal dan roh bergabung di dalam pelaksanaan sesuatu ibadah. Sebagai contoh, seorang muslim hanya akan mencapai peringkat khusyuk di dalam solatnya apabila berlaku kehadiran hati, persaksian akal dan kepatuhan anggota. Begitu juga dalam pelaksanaan ibadah lain seperti puasa, zakat dan haji.

Semua memerlukan gabungan seluruh komponen insan muslim untuk membolehkannya mencapai matlamat ubudiyah yang sebenarnya kepada Allah SWT. Hakikat ibadah di dalam Islam tidak akan tercapai tanpa penglibatan ketiga-tiga fakulti insan muslim secara serentak sewaktu pelaksanaan ibadah tersebut. Penglibatan ketiga-tiga komponen itu juga perlu dalam konteks ibadah yang umum dan luas bagi menjayakan setiap amalan dan pekerjaan yang dilakukan iaitu kekuatan fizikal, mental dan spiritual.

Sistem bukan Islam juga menekankan penglibatan ketiga-tiga fakulti insan itu bagi menjayakan sebarang kegiatan. Bagaimanapun ia berbeza daripada Islam kerana dalam sistem itu, pembangunan aspek kerohanian tidak didasarkan kepada hakikat tauhid dan keyakinan kepada Allah SWT.


PEMBABITAN TIGA FAKULTI INSAN DALAM PEKERJAAN HARIAN

Seorang muslim atau muslimah, sewaktu melakukan sesuatu pekerjaan dengan menggunakan tenaga fizikalnya, sebenarnya tidak pernah terpisah daripada akal dan roh. Ketika jasad menikmati makanan, minuman mahupun melayani syahwatnya, pendidikan Islam tetap memainkan peranan iaitu menuntut setiap muslim mengingati dan menyebut nama Allah serta berdoa kepada-Nya.

Mengenai syahwat, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada kemaluan kamu ada pahalanya. Mereka berkata: 'Wahai

Rasulullah, apakah jika seorang daripada kami mendatangi syahwatnya akan mendapat pahala? ' Rasulullah bersabda: Tahukah kamu kalau ia diletakkan pada benda yang haram ia mendapat dosa? Begitu juga jika ia diletakkan pada yang halal, maka ia mendapat pahala.”

Islam mendidik jasad, akal dan roh manusia secara bersepadu, terikat antara satu dengan yang lain sejajar dengan kedudukannya sebagai khalifah Allah di muka bumi. Tidak pernah terpisah antara satu aspek dengan yang lain. Natijahnya lahirlah insan saleh yang memakmurkan bumi ini serta melaksanakan hakikat pembangunan yang sebenarnya di dalam kehidupan manusia.

Seorang muslim dikira mengingkari nikmat Allah jika ia tidak menggunakan kemampuan jasad, akal dan rohnya untuk memakmurkan alam ini dengan cara menyingkap rahsia alam, mengenal pasti rezeki Allah yang sungguh luas di muka bumi ini dan mempergunakannya bagi membangun dan memajukan kehidupan manusia.

Seorang muslim juga dikira mengingkari nikmat Allah sekiranya ia tidak menggunakan rohaninya bagi mengenal Allah, berhubung dan beriman dengan Allah, memohon kekuatan daripada-Nya, menerima petunjuk-Nya dan beramal atau bekerja mengikut petunjuk tersebut bagi membangunkan kehidupan rohaninya di samping melatih dirinya supaya gemar kepada kebaikan, kasih sayang, merasai persaudaraan serta mensyukuri nikmat kebendaan yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya dengan membelanjakannya pada jalan Allah dan berihsan kepada mereka yang susah dan menderita.

Dia juga dikira mengingkari nikmat Allah sekiranya tidak menggunakan kekuatan akalnya untuk mengenal pasti rahsia-rahsia alam dan sunnahnya, untuk mengetahui sunnah Allah yang terdapat dalam alam maddi (kebendaan) dan kehidupan manusia serta menggunakannya untuk menyusun kehidupan manusia, membetulkannya dan berjalan mengikut sistem yang lurus.


PENDIDIKAN ISLAM MELAHIRKAN KESEIMBANGAN

Keseimbangan antara ketiga-tiga aspek itu (roh, akal dan jasmani) merupakan sifat insan saleh. Keseimbangan itu akan melahirkan insan yang sempurna sifat kemanusiaannya, melahirkan keseimbangan dari segi keimanan kepada alam yang wujud dan alam yang ghaib. Keseimbangan itu juga akan melahirkan keseimbangan dalam kehidupan sama ada dari segi politik, ekonomi, kemasyarakatan dan semua kegiatan hidupnya. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 143 yang bermaksud:

“Dan begitulah Kami menjadikan kamu (umat Muhammad SAW) ummah yang adil (pilihan) agar kamu menjadi saksi di akhirat kelak ke atas umat yang lain dan Rasulullah SAW menjadi saksi ke atas kamu.”

Keistimewaan sistem pendidikan Islam ialah kemampuannya untuk melahirkan insan saleh yang memiliki sifat-sifat ijabiah (positif) yang menguasai setiap tindakannya di dalam kehidupan di muka bumi ini. Namun, tidak dinafikan sifat-sifat salbiyah (negatif) seorang muslim sering cuba mempengaruhinya. Bagaimanapun, hasil pendidikan Islam yang bersepadu meliputi ketiga-tiga komponen di atas menjadikannya mampu bertindak positif atau menghasilkan tindakan yang positif di dalam semua keadaan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sungguh menghairankan keadaan orang mukmin. Sesungguhnya semua keadaan baik baginya. Tidak ada (keadaan itu) pada orang lain kecuali pada orang mukmin. Jika ia mendapat sesuatu yang menggembirakan dia bersyukur kepada Allah SWT, maka yang demikian itu adalah baik baginya. Jika ditimpa kesusahan dia bersabar, maka yang demikian itu adalah baginya.”

Manusia adalah makhluk yang mempunyai pelbagai persediaan. Ada yang bersifat positif dan ada pula yang bersifat negatif. Sekiranya persediaan tersebut dibiarkan tanpa kawalan, bimbingan dan didikan yang mengambil kira ketiga-tiga aspek keinsanan itu, maka natijahnya akan berlakulah ketidakseimbangan dan akan lahirlah sifat-sifat yang kadangkala positif dan kadangkala negatif. Dengan perkataan lain lahir sikap ‘double standard’ dalam tindakannya.

Dalam sistem pendidikan Islam, makhluk insan mempunyai jisim dan roh, hati dan akal, perasaan dan jasad. Seseorang muslim tidak akan berjaya, merasai bahagia dan tidak membangun secara adil dan saksama melainkan setelah semua unsur diberi hak pendidikan yang sama rata dan adil pula.


SISTEM PENDIDIKAN ISLAM: REALITI DAN CONTOH

Islam memahami realiti (waqi’i) manusia. Islam memahami batas-batas kemampuan, kehendak dan keperluan manusia. Islam memberi hak yang saksama dan kadar yang adil bagi semua keperluan manusia. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud:

“Allah tidak mentaklifkan pada diri seseorang melainkan dengan kadar kemampuannya.”

Pendidikan bukan Islam hanya mengetengahkan pandangan, pendapat, idea atau teori yang menambahkan perbendaharaan ilmu pengetahuan semata-mata, sebaliknya sistem pendidikan Islam adalah satu sistem mithali (contoh) dan waqi’i. Rasulullah SAW adalah mithali yang waqi’i (contoh yang praktikal). Apabila kita mengatakan bahawa al-Quran al-Karim adalah dustur (perlembagaan) hidup Muslim, kita dapati sifat-sifat yang disebutkan oleh al-Quranul al-Karim terserlah pada peribadi Rasulullah SAW. Ini dijelaskan sendiri oleh isteri baginda, Saidatina Aishah RA., ketika ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW dengan katanya, “Akhlak baginda ialah Al-Quran.”

Baginda Rasulullah SAW menjadi ikutan umat Islam dalam semua perkara. Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 21 yang bermaksud:

“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah SAW itu contoh yang baik.”

Ketika hayat Rasulullah SAW ada segolongan orang Islam yang ingin meningkatkan ibadah kepada Allah SWT ke tahap yang tinggi kerana merasai ibadat mereka sangat kurang berbanding ibadat Rasulullah SAW.

“Daripada Anas RA, katanya: Telah datang tiga orang sahabat di rumah isteri-isteri Rasulullah SAW. Mereka bertanya tentang ibadah Rasulullah SAW. Apabila diberitahu mereka berasa ibadah mereka terlalu sedikit berbanding dengan ibadah Rasulullah SAW.

Lagipun Rasulullah SAW diampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang. Salah seorang daripada mereka berkata:
‘Saya akan melakukan solat pada waktu malam selama-lamanya.
’ Berkata seorang lagi: ‘Saya akan berpuasa sepanjang masa tanpa berbuka.
’ Berkata seorang lagi: Saya akan menjauhi wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.’ Maka Rasulullah SAW datang menemui mereka dan bersabda: ‘Kamukah yang berkata demikian dan demikian? Demi Allah sesungguhnya akulah orang yang paling takut kepada Alah SWT dan paling bertaqwa kepada-Nya tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku bangun bersolat dan aku tidur, dan aku berkahwin dengan wanita. BaranGsiapa yang tidak suka dengan sunnahku, dia bukan daripada golonganku.”


SUMBER PENDIDIKAN ISLAM

Generasi para sahabat adalah generasi yang dilahirkan melalui tarbiyah (pendidikan) yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW bersumberkan wahyu Allah SWT semata-mata iaitu al-Quranul al-Karim. Rasulullah SAW tidak mahu dan tidak pernah mencampur-adukkan sumber pendidikannya dengan yang lain. Suatu ketika Rasulullah nampak Umar al-Khattab memegang beberapa naskhah kitab Taurat. Baginda melahirkan rasa tidak senangnya terhadap tindakan Umar itu lalu bersabda:

“Demi Allah, jika Musa hidup dikalangan kamu sekarang, ia mesti mengikutku.”

Meyakini sumber al-Quranul al-karim dan berasa cukup dengannya semata-mata sebagai sumber pendidikan itulah yang melahirkan satu generasi yang unik penuh dengan keagungan dan kebaikan sehingga generasi itu mendapat pujian Allah SWT seperti yang diungkapkan di dalam ayat yang bermaksud:

“Kamu adalah sebaik-baik umat dikeluarkan untuk manusia.” (ali-Imran: 110)

“Dan begitulah Kami menjadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi atas manusia dan Rasul itu menjadi saksi atas kamu.” (al-Baqarah: 142)

Jika keyakinan baginda kepada sumber tersebut lemah sudah tentu keunikan peribadi yang dibentuk juga menjadi lemah berbanding umat lain.


PERLU KEMBALI KEPADA PENDIDIKAN YANG HAKIKI

Masyarakat manusia hari ini menghadapi berbagai-bagai masalah dan jenayah yang sukar diatasi. Pelbagai teori dan formula diketengahkan bagi menyelesaikan masalah tersebut tetapi tiada suatu teori dan formula yang berjaya menyelesaikannya, sebaliknya keadaan semakin membimbangkan dan masyarakat kian takut menghadapi ancaman masalah yang kian meningkat. Pelbagai penyelidikan telah dijalankan dengan kos yang besar tetapi tidak juga mencapai kejayaan yang diharapkan. Yang sedihnya masyarakat orang-orang Islam juga terikut-ikut dengan cara yang dilakukan oleh orang lain. Kebanyakan mereka membelakangkan formula Islam yang pernah dijalankan oleh Rasulullah SAW dalam menyelesaikan masalah. Padahal, kaedah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW telah terbukti berjaya melahirkan umat contoh yang tidak ada tolok bandingnya di dalam sejarah manusia dari dahulu hingga sekarang dan mungkin ke akhir zaman.

Bagi orang-orang Islam, prasyarat yang ada perlu bagi menyelesaikan masalah yang kian rumit ini ialah membuka hati nurani mereka untuk meyakini Islam sebagai ad-din yang lengkap dan meyakini hanya sistem pendidikan Islam sahaja mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dunia. Kita perlu membina keyakinan ini, bukan kerana taksub kepada Islam semata-mata, sebaliknya berdasarkan kenyataan sejarah yang mempersaksikan kejayaan Muhammad SAW membentuk umat terpilih di tengah-tengah kekusutan masalah yang dihadapi oleh masyarakat manusia ketika itu sehingga dapat melahirkan umat yang mendapat pujian dan jolokan al-Quran al-karim sebagai: “Kamu adalah sebaik-baik umat dikeluarkan oleh manusia.”

Kita perlu meyakini al-Quran al-Karim sebagai sumber pendidikan kerana ia diturunkan untuk mendidik umat manusia, membentuk masyarakat dan menegakkan peraturan di tengah-tengah masyarakat manusia. Kita perlu melalui proses pendidikan yang berpanjangan supaya hati kita dididik sehingga dapat menjiwai wahyu Allah SWT serta menghayatinya dalam realiti kehidupan.

Pendidikan Islam memerlukan masa yang cukup panjang kerana jiwa manusia tidak boleh berubah sepenuhnya di dalam masa yang pendek untuk bertafa’ul (berinteraksi) dengan manhaj Ilahi yang menjadi induk kepada sistem pendidikan Islam yang syamil dan kamil. Inilah rahsia al-Quranul Karim diturunkan oleh Allah SWT secara beransur-ansur (munajjaman) selama kita-kira 23 tahun.

Rabu, 14 Oktober 2009

HARAM MELIHAT AURAT

HARAM MELIHAT AURAT

Di antara yang harus ditundukkannya pandangan, ialah kepada aurat. kerana Rasulullah s.a.w. telah melarangnya sekalipun antara laki-laki dengan laki-laki atau antara perempuan dengan perempuan baik dengan syahwat ataupun tidak.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seseorang laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki lain, dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain, dan tidak boleh seorang laki-laki bercampur dengan laki-laki lain dalam satu pakaian, dan begitu juga perempuan dengan perempuan lain bercampur dalam satu pakaian."[1] (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi)

Aurat laki-laki yang tidak boleh dilihat oleh laki-laki lain atau aurat perempuan yang tidak boleh dilihat oleh perempuan lain, iaitu antara pusar dan lutut, sebagaimana yang diterangkan dalam Hadis Nabi. Tetapi sementara ulama, seperti Ibnu Hazm dan sebahagian ulama Maliki berpendapat, bahawa paha itu bukan aurat.

Sedang aurat perempuan dalam hubungannya dengan laki-laki lain ialah seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Adapun yang dalam hubungannya dengan mahramnya seperti ayah dan saudara, maka seperti apa yang akan diterangkan dalam Hadis yang membicarakan masalah menampakkan perhiasan.

Ada yang tidak boleh dilihat, tidak juga boleh disentuh, baik dengan anggota-anggota badan yang lain.

Semua aurat yang haram dilihat seperti yang kami sebutkan di atas, baik dilihat ataupun disentuh, adalah dengan syarat dalam keadaan normal (tidak terpaksa dan tidak memerlukan). Tetapi jika dalam keadaan terpaksa seperti untuk mengubati, maka haram tersebut boleh hilang. Tetapi bolehnya melihat itu dengan syarat tidak akan menimbulkan fitnah dan tidak ada syahwat. Kalau ada fitnah atau syahwat, maka kebolehan tersebut boleh hilang juga justru untuk menutup pintu bahaya.

MELIHAT JENIS LAIN DENGAN BERSYAHWAT

Di antara sesuatu yang diharamkan Islam dalam hubungannya dengan masalah gharizah, iaitu pandangan seorang laki-laki kepada perempuan dan seorang, perempuan memandang laki-laki. Mata adalah kuncinya hati, dan pandangan adalah jalan yang membawa fitnah dan sampai kepada perbuatan zina. Seperti kata seorang syair kuna:

Semua peristiwa, asalnya kerana pandangan
Kebanyakan orang masuk neraka adalah kerana dosa kecil
Permulaannya pandangan, kemudian senyum, lantas beri salam
Kemudian berbicara, lalu berjanji; dan sesudah itu bertemu.

Oleh kerana itulah Allah menjuruskan perintahnya kepada orang-orang mu'min laki-laki dan perempuan supaya menundukkan pandangannya, diiringi dengan perintah untuk memelihara kemaluannya. Firman Allah:

Katakanlah kepada orang-orang mu'min laki-laki: hendaklah mereka itu menundukkan sebahagian pandangannya dan menjaga kemaluannya; kerana yang demikian itu lebih bersih bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha meneliti terhadap apa-apa yang kamu kerjakan. Dan katakanlah kepada orang-orang mu'min perempuan: hendaknya mereka itu menundukkan sebahagian pandangannya dan menjaga kemaluannya, dan jangan menampak-nampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa tampak daripadanya, dan hendaknya mereka itu melabuhkan tudung sampai ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya kecuali kepada suaminya atau kepada ayahnya atau kepada mertuanya atau kepada anak-anak laki-lakinya atau kepada anak-anak suaminya, atau kepada saudaranya atau anak-anak saudara laki-lakinya (keponakan) atau anak-anak saudara perempuannya atau kepada sesama perempuan atau kepada hamba sahayanya atau orang-orang yang mengikut (bujang) yang tidak mempunyai keinginan, iaitu orang laki-laki atau anak yang tidak suka memperhatikan aurat perempuan dan jangan memukul-mukulkan kakinya supaya diketahui apa-apa yang mereka rahasiakan dari perhiasannya.” (an-Nur: 30-31)


Dalam dua ayat ini ada beberapa pengarahan. Dua diantaranya berlaku untuk laki-laki dan perempuan, iaitu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Sedang yang lain khusus untuk perempuan.

Dan kalau diperhatikan pula, bahawa dua ayat tersebut memerintahkan menundukkan sebahagian pandangan dengan menggunakan min tetapi dalam hal menjaga kemaluan, Allah tidak mengatakan wa yahfadhu min furujihim (dan menjaga sebahagian kemaluan) seperti halnya dalam menundukkan pandangan yang dikatakan di situ yaghudh-dhu min absharihim. Ini berarti kemaluan itu harus dijaga seluruhnya tidak ada apa yang disebut toleransi sedikitpun. Berbeza dengan masalah pandangan yang Allah masih memberi kelonggaran walaupun sedikit, guna mengurangi kesulitan dan melindungi kemasalahatan, sebagaimana yang akan kita ketahui nanti. Dan apa yang dimaksud menundukkan pandangan itu bukan berarti memejamkan mata dan menundukkan kepala ke tanah. Bukan ini yang dimaksud dan ini satu hal yang tidak mungkin. Hal ini sama dengan menundukkan suara seperti yang disebutkan dalam al-Quran dan tundukkanlah sebahagian suaramu (Luqman 19). Di sini tidak berarti kita harus membungkam mulut sehingga tidak berbicara.

Tetapi apa yang dimaksud menundukkan pandangan, iaitu: menjaga pandangan, tidak dilepaskan begitu saja tanpa kendali sehingga dapat menelan perempuan-perempuan atau laki-laki yang beraksi.

Pandangan yang terpelihara, apabila memandang kepada jenis lain tidak mengamat-amati kecantikannya dan tidak lama menoleh kepadanya serta tidak melekatkan pandangannya kepada yang dilihatnya itu.

Oleh kerana itu pesan Rasulullah kepada Sayyidina Ali: "Hai Ali! Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, adapun yang berikutnya tidak boleh." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. menganggap pandangan liar dan menjurus kepada lain jenis, sebagai suatu perbuatan zina mata. Sabda beliau: "Dua mata itu boleh berzina, dan zinanya ialah melihat." (Riwayat Bukhari)

Dinamakannya berzina, kerana memandang itu salah satu bentuk bersenang-senang dan memuaskan gharizah seksual dengan jalan yang tidak dibenarkan oleh syara'. Penegasan Rasulullah ini ada persamaannya dengan apa yang tersebut dalam Injil, dimana al-Masih pernah mengatakan sebagai berikut: Orang-orang sebelummu berkata: "Jangan berzinal" Tetapi aku berkata: "Barangsiapa melihat dengan dua matanya, maka ia berzina."

Pandangan yang menggiurkan ini bukan saja membahayakan kemurnian budi, bahkan akan merusak kestabilan berfikir dan ketenteraman hati.

Salah seorang penyair mengatakan: "Apabila engkau melepaskan pandanganmu untuk mencari kepuasan hati. Pada satu saat pandangan-pandangan itu akan menyusahkanmu jua. Engkau tidak mampu melihat semua yang kau lihat. Tetapi untuk sebagainya maka engkau tidak dapat tahan."

PERGAULAN BEBAS ADALAH HARAM

PERGAULAN BEBAS ADALAH HARAM

Di antara jalan-jalan yang diharamkan Islam ialah: Bersendirian dengan seorang perempuan lain. Yang dimaksud perempuan lain, iaitu: bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwin untuk selama-lamanya, seperti ibu, saudara, bibi dan sebagainya yang insya Allah nanti akan kami bicarakan selanjutnya.

Ini bukan berarti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satunya, tetapi demi menjaga kedua insan tersebut dari perasaan-perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua jenis itu, tanpa ada orang ketiganya.

Dalam hal ini Rasulullah bersabda sebagai berikut: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (Riwayat Ahmad)

"Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan, kecuali bersama mahramnya."

Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman Allah yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang artinya: Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu,” mengatakan: maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang laki-laki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap laki-laki. Yakni cara seperti itu lebih ampuh untuk meniadakan perasaan-perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Ini berarti, bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Oleh kerana itu menjauhi hal tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya.

Secara khusus, Rasulullah memperingatkan juga seorang laki-laki yang bersendirian dengan ipar. Sebab sering terjadi, kerana dianggap sudah terbiasa dan memperingan hal tersebut di kalangan keluarga, maka kadang-kadang membawa akibat yang tidak baik. kerana bersendirian dengan keluarga itu bahayanya lebih hebat daripada dengan orang lain, dan fitnah pun lebih kuat. Sebab memungkinkan dia dapat masuk tempat perempuan tersebut tanpa ada yang menegur. Berbeza sekali dengan orang lain.

Yang sama dengan ini ialah keluarga perempuan yang bukan mahramnya seperti kemanakannya baik dari pihak ayah atau ibu. Dia tidak boleh berkhalwat dengan mereka ini. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagai berikut:

"Hindarilah keluar-masuk rumah seorang perempuan. Kemudian ada seorang laki-laki dari sahabat Anshar bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana pendapatmu tentang ipar? Maka jawab Nabi: Bersendirian dengan ipar itu sama dengan menjumpai mati." (Riwayat Bukhari)

Yang dimaksud ipar, iaitu keluarga isteri/keluarga suami. Yakni, bahawa berkhalwat (bersendirian) dengan ipar membawa bahaya dan kehancuran, iaitu hancurnya agama, kerana terjadinya perbuatan maksiat; dan hancurnya seorang perempuan dengan dicerai oleh suaminya apabila sampai terjadi cemburu, serta membawa kehancuran hubungan sosial apabila salah satu keluarganya itu ada yang berburuk sangka kepadanya.

Bahayanya ini bukan hanya sekadar kepada instink manusia dan perasaan-perasaan yang ditimbulkan saja, tetapi akan mengancam eksistensi rumahtangga dan kehidupan suami-isteri serta rahasia kedua belah pihak yang dibawa-bawa oleh lidah-lidah usil atau keinginan-keinginan untuk merusak rumahtangga orang.

Justru itu pula, Ibnul Atsir dalam menafsirkan perkataan ipar adalah sama dengan mati itu mengatakan sebagai berikut: Perkataan tersebut biasa dikatakan oleh orang-orang Arab seperti mengatakan singa itu sama dengan mati, raja itu sama dengan api, yakni bertemu dengan singa dan raja sama dengan bertemu mati dan api.

Jadi berkhalwat dengan ipar lebih hebat bahayanya daripada berkhalwat dengan orang lain. Sebab kemungkinan dia dapat berbuat baik yang banyak kepada si ipar tersebut dan akhirnya memberatkan kepada suami yang di luar kemampuan suami, pergaulan yang tidak baik atau lainnya, Sebab seorang suami tidak merasa kikuk untuk melihat dalamnya ipar dengan keluar-masuk rumah ipar tersebut.

JANGAN MENDEKATI ZINA

JANGAN MENDEKATI ZINA


Tidak menghairankan kalau seluruh agama Samawi mengharamkan dan memberantas perzinaan. Terakhir ialah Islam yang dengan keras melarang perzinaan serta memberikan ultimatum yang sangat tajam. kerana perzinaan itu dapat mengaburkan masalah keturunan, merusak keturunan, menghancurkan rumahtangga, meretakkan perhubungan, meluasnya penyakit kelamin, kejahatan nafsu dan merosotnya akhlak. Oleh kerana itu tepatlah apa yang dikatakan Allah:

“Jangan kamu dekat-dekat pada perzinaan, kerana sesungguhnya dia itu perbuatan yang kotor dan cara yang sangat tidak baik.” (al-Isra': 32)

Islam, sebagaimana kita maklumi, apabila mengharamkan sesuatu, maka ditutupnyalah jalan-jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram itu, serta mengharamkan cara apa saja serta seluruh pendahuluannya yang mungkin dapat membawa kepada perbuatan haram itu.

Justru itu pula, maka apa saja yang dapat membangkitkan seks dan membuka pintu fitnah baik oleh laki-laki atau perempuan, serta mendorong orang untuk berbuat yang keji atau paling tidak mendekatkan perbuatan yang keji itu, atau yang memberikan jalan-jalan untuk berbuat yang keji, maka Islam melarangnya demi untuk menutup jalan berbuat haram dan menjaga daripada perbuatan yang merusak.

HIKMAH DIHARAMKANNYA PATUNG

HIKMAH DIHARAMKANNYA PATUNG


1) Di antara rahasia diharamkannya patung ini, walaupun dia itu bukan satu-satunya sebab, seperti anggapan sementara orang iaitu untuk membela kemurnian Tauhid, dan supaya jauh dari menyamai orang-orang musyrik yang menyembah berhala-berhala mereka yang dibuatnya oleh tangan-tangan mereka sendiri, kemudian dikuduskan dan mereka berdiri di hadapannya dengan penuh khusyu'.

Kesungguhan Islam untuk melindungi Tauhid dari setiap macam penyerupaan syirik telah mencapai puncaknya. Islam dalam ikhtiarnya ini dan kesungguhannya itu senantiasa berada di jalan yang benar. Sebab sudah pernah terjadi di kalangan umat-umat terdahulu, dimana mereka itu membuat patung orang-orang yang saleh mereka yang telah meninggal dunia kemudian disebut-sebutnya nama mereka itu. Lama-kelamaan dan dengan sedikit demi sedikit orang-orang saleh yang telah dilukiskan dalam bentuk patung itu dikuduskan, sehingga akhirnya dijadikan sebagai Tuhan yang disembah selain Allah; diharapkan, dan ditakuti serta diminta barakahnya. Hal ini pernah terjadi pada kaum Wud, Suwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr.

Tidak hairan kalau dalam suatu agama yang dasar-dasar syariatnya itu selalu menutup pintu kerusakan, bahawa akan ditutup seluruh lubang yang mungkin akan dimasuki oleh syirik yang sudah terang mahupun yang masih samar untuk menyusup ke dalam otak dan hati, atau jalan-jalan yang akan dilalui oleh penyerupaan kaum penyembah berhala dan pengikut-pengikut agama yang suka berlebih-lebihan. Lebih-lebih Islam itu sendiri bukan undang-undang manusia yang ditujukan untuk satu generasi atau dua generasi, tetapi suatu undang-undang untuk seluruh umat manusia di seantero dunia ini sampai hari kiamat nanti. Sebab sesuatu yang kini masih belum diterima oleh suatu lingkungan, tetapi kadang-kadang dapat diterima oleh lingkungan lain; dan sesuatu yang kini dianggap ganjil dan mustahil, tetapi di satu saat akan menjadi suatu kenyataan, entah kapan waktunya, dekat atau jauh.

2) Rahasia diharamkannya patung bagi pemahatnya, sebab seorang pelukis yang sedang memahat patung itu akan diliputi perasaan sok, sehingga seolah-olah dia dapat menciptakan suatu makhluk yang tadinya belum ada atau dia dapat membuat jenis baru yang boleh hidup yang terbuat dari tanah.

Sudah sering terjadi seorang pemahat patung dalam waktu yang relatif lama, maka setelah patung itu dapat dirampungkan lantas dia berdiri di hadapan patung tersebut dengan mengaguminya, sehingga seolah-olah dia berbincang dengan patung tersebut dengan penuh kesombongan: Hai patung! Bercakaplah!

Untuk itulah maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-patung ini nanti di hari kiamat akan disiksa dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah patung yang kamu buat itu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan dalam hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman pula: "Siapakah orang yang lebih menganiaya selain orang yang bekerja untuk membuat sesuatu seperti pembuatanku? Oleh kerana itu cubalah mereka membuat zarrah (benda yang kecil), cubalah mereka membuat sebutir beras belanda." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3) Orang-orang yang berbincang dalam persoalan seni ini tidak berhenti dalam suatu batas tertentu saja, tetapi mereka malah melukis (memahat) wanita-wanita telanjang atau setengah telanjang. Mereka juga melukis (dan juga memahat) lambang-lambang kemusyrikan dan syiar-syiar agama lainnya, seperti salib, berhala dan lain-lain yang pada prinsipnya tidak dapat diterima oleh Islam.

4) Lebih dari itu semua, bahawa patung-patung itu selalu menjadi kemegahan orang-orang yang berlebihan, mereka penuhinya istana-istana mereka dengan patung-patung, kamar-kamar mereka dihias dengan patung dan, mereka buatnya seni-seni pahat (patung) dari berbagai lambang.

Kalau agama Islam dengan gigih memberantas seluruh bentuk kemewahan dengan segala kemegahan dan macamnya, yang terdiri dari emas dan perak, maka tidak terlalu jauh kalau agama ini mengharamkan patung-patung itu, sebagai lambang kemegahan, dalam rumah-rumah orang Islam.

ISLAM MENGHARAMKAN PATUNG

ISLAM MENGHARAMKAN PATUNG


Islam mengharamkan dalam rumahtangga Islam meliputi masalah patung. Sebab adanya patung dalam suatu rumah, menyebabkan Malaikat akan jauh dari rumah itu, padahal Malaikat akan membawa rahmat dan keridhaan Allah untuk isi rumah tersebut.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya ada patung." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama berkata: Malaikat tidak mahu masuk rumah yang ada patungnya, kerana pemiliknya itu menyerupai orang kafir, dimana mereka biasa meletakkan patung dalam rumah-rumah mereka untuk diagungkan. Untuk itulah Malaikat tidak suka dan mereka tidak mahu masuk bahkan menjauh dari rumah tersebut.

Oleh kerananya, Islam melarang keras seorang muslim bekerja sebagai tukang pemahat patung, sekalipun dia membuat patung itu untuk orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di hari kiamat, iaitu orang-orang yang menggambar gambar-gambar ini. Dalam satu riwayat dikatakan: Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan Rasulullah s.a.w. memberitahukan juga dengan sabdanya: "Barangsiapa membuat gambar (patung) nanti di hari kiamat dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya; padahal dia selamanya tidak akan boleh meniupkan roh itu." (Riwayat Bukhari)

Maksud daripada hadis ini, bahawa dia akan dituntut untuk menghidupkan patung tersebut. Perintah ini sebenarnya hanya suatu penghinaan dan mematahkan, sebab dia tidak mungkin dapat.

SEMIR RAMBUT

SEMIR RAMBUT


Termasuk dalam masalah perhiasan, iaitu menyemir rambut kepala atau janggot yang sudah beruban.

Sehubungan dengan masalah ini ada satu riwayat yang menerangkan, bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak memperkenankan menyemir rambut dan merombaknya, dengan suatu anggapan bahawa berhias dan mempercantik diri itu dapat menghilangkan arti beribadah dan beragama, seperti yang dikerjakan oleh para rahib dan ahli-ahli Zuhud yang berlebih-lebihan itu. Namun Rasulullah s.a.w. melarang taqlid pada suatu kaum dan mengikuti jejak mereka, agar selamanya kepribadian umat Islam itu berbeza, lahir dan batin. Untuk itulah maka dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu menyemir rambut, kerana itu berbezalah kamu dengan mereka." (Riwayat Bukhari)

Perintah di sini mengandung arti sunnat, sebagaimana biasa dikerjakan oleh para sahabat, misalnya Abubakar dan Umar. Sedang yang lain tidak melakukannya, seperti Ali, Ubai bin Kaab dan Anas.

Tetapi warna apakah semir yang dibolehkan itu? Dengan warna hitam dan yang lainkah atau harus menjauhi warna hitam? Namun yang jelas, bagi orang yang sudah tua, ubannya sudah merata baik di kepalanya ataupun janggotnya, tidak layak menyemir dengan warna hitam. Oleh kerana itu tatkala Abubakar membawa ayahnya Abu Kuhafah ke hadapan Nabi pada hari penaklukan Makkah, sedang Nabi melihat rambutnya bagaikan pohon tsaghamah yang serba putih buahnya mahupun bunganya.

Untuk itu, maka bersabdalah Nabi: "Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (Riwayat Muslim)

Adapun orang yang tidak seumur dengan Abu Kuhafah (yakni belum begitu tua), tidaklah berdosa apabila menyemir rambutnya itu dengan warna hitam. Dalam hal ini az-Zuhri pernah berkata: "Kami menyemir rambut dengan warna hitam apabila wajah masih nampak muda, tetapi kalau wajah sudah mengerut dan gigi pun telah goyah, kami tinggalkan warna hitam tersebut." [22]

Termasuk yang membolehkan menyemir dengan warna hitam ini ialah segolongan dari ulama salaf termasuk para sahabat, seperti: Saad bin Abu Waqqash, Uqbah bin Amir, Hasan, Husen, Jarir dan lain-lain.

Sedang dari kalangan para ulama ada yang berpendapat tidak boleh warna hitam kecuali dalam keadaan perang supaya dapat menakutkan musuh, kalau mereka melihat tentara-tentara Islam semuanya masih nampak muda [23].

Dan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzar mengatakan: "Sebaik-baik bahan yang dipakai untuk menyemir uban ialah pohon inai dan katam." (Riwayat Tarmizi dan Ashabussunan)

Inai berwarna merah, sedang katam sebuah pohon yang tumbuh di zaman Rasulullah s.a.w. yang mengeluarkan zat berwarna hitam kemerah-merahan.

Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abubakar menyemir rambutnya dengan inai dan katam, sedang Umar hanya dengan inai saja.

MENYAMBUNG RAMBUT

MENYAMBUNG RAMBUT

Termasuk perhiasan perempuan yang terlarang ialah menyambung rambut dengan rambut lain, baik rambut itu asli atau imitasi seperti yang terkenal sekarang ini dengan nama wig.

Imam Bukhari meriwayatkan dari jalan Aisyah, Asma', Ibnu Mas'ud, Ibnu Umar dan Abu Hurairah sebagai berikut: "Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang menyambung rambut atau minta disambungkan rambutnya."

Bagi laki-laki lebih diharamkan lagi, baik dia itu bekerja sebagai tukang menyambung seperti yang dikenal sekarang tukang rias ataupun dia minta disambungkan rambutnya, jenis perempuan-perempuan wadam (laki-laki banci) seperti sekarang ini.

Persoalan ini oleh Rasulullah s.a.w, diperkeras sekali dan digiatkan untuk memberantasnya. Sampai pun terhadap perempuan yang rambutnya gugur kerana sakit misalnya, atau perempuan yang hendak menjadi pengantin untuk bermalam pertama dengan suaminya, tetap tidak boleh rambutnya itu disambung.

Aisyah meriwayatkan: "Seorang perempuan Anshar telah kawin, dan sesungguhnya dia sakit sehingga gugurlah rambutnya, kemudian keluarganya bermaksud untuk menyambung rambutnya, tetapi sebelumnya mereka bertanya dulu kepada Nabi, maka jawab Nabi: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan yang minta disambung rambutnya." (Riwayat Bukhari)

Asma' juga pernah meriwayatkan: "Ada seorang perempuan bertanya kepada Nabi s.a.w.: Ya Rasulullah, sesungguhnya anak saya terkena suatu penyakit sehingga gugurlah rambutnya, dan saya akan kawinkan dia apakah boleh saya sambung rambutnya? Jawab Nabi: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan yang minta disambungkan rambutnya." (Riwayat Bukhari)

Said bin al-Musayib meriwayatkan: "Muawiyah datang ke Madinah dan ini merupakan kedatangannya yang paling akhir di Madinah, kemudian ia bercakap-cakap dengan kami. Lantas Muawiyah mengeluarkan satu ikat rambut dan ia berkata: Saya tidak pernah melihat seorangpun yang mengerjakan seperti ini kecuali orang-orang Yahudi, dimana Rasulullah s.a.w. sendiri menamakan ini suatu dosa yakni perempuan yang menyambung rambut (adalah dosa)."

Dalam satu riwayat dikatakan, bahawa Muawiyah berkata kepada penduduk Madinah: "Di mana ulama-ulamamu? Saya pernah mendengar sendiri Rasulullah s.a.w. bersabda: Sungguh Bani Israel rusak kerana perempuan-perempuannya memakai ini (cemara)." (Riwayat Bukhari)

Rasulullah menamakan perbuatan ini zuur (dosa) berarti memberikan suatu isyarat akan hikmah diharamkannya hal tersebut. Sebab hal ini tak ubahnya dengan suatu penipuan, memalsu dan mengelabui. Sedang Islam benci sekali terhadap perbuatan menipu; dan samasekali antipati terhadap orang yang menipu dalam seluruh lapangan muamalah, baik yang menyangkut masalah material ataupun moral. Kata Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa menipu kami, bukanlah dari golongan kami." (Riwayat Jamaah sahabat)

Al-Khaththabi berkata: Adanya ancaman yang begitu keras dalam persoalan-persoalan ini, kerana di dalamnya terkandung suatu penipuan. Oleh kerana itu seandainya berhias seperti itu dibolehkan, niscaya cukup sebagai jembatan untuk bolehnya berbuat bermacam-macam penipuan. Di samping itu memang ada unsur perombakan terhadap ciptaan Allah. Ini sesuai dengan isyarat hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang mengatakan "... perempuan-perempuan yang merombak ciptaan Allah." [19]

Yang dimaksud oleh hadis-hadis tersebut di atas, iaitu menyambung rambut dengan rambut, baik rambut yang dimaksud itu rambut asli ataupun imitasi. Dan ini pulalah yang dimaksud dengan memalsu dan mengelabui. Adapun kalau dia sambung dengan kain atau benang dan sabagainya, tidak masuk dalam larangan ini. Dan dalam hal inf Said bin Jabir pernah mengatakan: "Tidak mengapa kamu memakai benang." [20]

Yang dimaksud [tulisan Arab] di sini ialah benang sutera atau wool yang biasa dipakai untuk menganyam rambut (jw. kelabang), dimana perempuan selalu memakainya untuk menyambung rambut. Tentang kebolehan memakai benang ini telah dikatakan juga oleh Imam Ahmad [21].

MENIPISKAN ALIS

MENIPISKAN ALIS

Salah satu cara berhias yang berlebih-lebihan yang diharamkan Islam, iaitu mencukur rambut alis mata untuk ditinggikan atau disamakan. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, seperti tersebut dalam hadis:

"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan-perempuan yang mencukur alisnya atau minta dicukurkan alisnya." (Riwayat Abu Daud, dengan sanad yang hasan. Demikian menurut apa yang tersebut dalam Fathul Baari)

Sedang dalam Bukhari disebut: Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan-perempuan yang minta dicukur alisnya.

Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul.

Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahawa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya, apabila dengan seizin suami, kerana hal tersebut termasuk berhias.

Tetapi oleh Imam Nawawi diperketat, bahawa mencukur rambut dahi itu samasekali tidak boleh. Dan dibantahnya dengan membawakan riwayat yang tersebut dalam Sunan Abu Daud: Bahawa yang disebut namishah (mencukur alis) sehingga tipis sekali. Dengan demikian tidak termasuk menghias muka dengan menghilangkan bulu-bulunya.

Imam Thabari meriwayatkan dari isterinya Abu Ishak, bahawa satu ketika dia pernah ke rumah Aisyah, sedang isteri Abu Ishak adalah waktu itu masih gadis nan jelita. Kemudian dia bertanya: Bagaimana hukumnya perempuan yang menghias mukanya untuk kepentingan suaminya? Maka jawab Aisyah: Hilangkanlah kejelekan-kejelekan yang ada pada kamu itu sedapat mungkin [18].

PAKAIAN WANITA ISLAM

PAKAIAN WANITA ISLAM

Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan tipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat mempertajam bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
(1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan dapat masuk sorga, dan tidak akan mencium bau sorga, padahal bau sorga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim, Babul Libas)

Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.

Bukhtun adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut kerana rambutnya ditarik ke atas.

Dibalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk penataan rambut, dengan berbagai macam mode dalam salon-salon khusus, yang biasa disebut salon kecantikan, dimana ramai sekali laki-laki yang bekerja pada pekerjaan tersebut dengan upah yang sangat tinggi.

Tidak cukup sampai di situ saja, ramai pula perempuan yang merasa kurang puas dengan rambut asli pemberian Allah. Untuk itu mereka belinya rambut palsu yang disambung dengan rambutnya yang asli, supaya nampak lebih menyenangkan dan lebih cantik, sehingga dengan demikian dia akan menjadi perempuan yang menarik dan memikat hati.

Satu hal yang sangat menghairankan, justru persoalan ini sekarang sering dikaitkan dengan masalah penjajahan politik dan kejatuhan moral, dan ini dapat dibuktikan oleh suatu kenyataan yang terjadi, dimana para penjajah politik itu dalam usahanya untuk menguasai rakyat sering menggunakan sesuatu yang dapat membangkitkan syahwat dan untuk dapat mengalihkan pandangan manusia, dengan diberinya kesenangan yang kiranya dengan kesenangannya itu manusia tidak lagi mahu memperhatikan persoalannya yang lebih umum.

Ahad, 11 Oktober 2009

10 PESANAN ALLAH S.W.T

10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :

· Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.

· Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.

· Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.

· Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.

· Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.

· Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.

· Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.

· Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

· Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.

· Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T.

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia inIi untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

PERANAN MAHASISWA

PERANAN MAHASISWA DALAM MEMBENTUK MEKANISME PEMANTAPAN AQIDAH UMMAH


MUQADDIMAH

Dalam banyak hal, Malaysia tidak banyak berbeza daripada negara-negara Islam lain yang sedang hebat mengalami semula kebangkitan Islam. Di seluruh negara kita dapat melihat akan kesediaan rakyat untuk mengamalkan cara hidup Islam seperti :

contohnya pemakaian tudung, pakain menutup aurat dan seumpamanya. Tindakan-tindakan kerajaan juga yang jelas bertentangan dengan Islam cukup mendapat banyak kritikan terutama oleh kalangan Kumpulan Pendesak ( Parti Pembangkang ) khususnya Parti Islam Semalaysia ( PAS ).

Di Malaysia, belia merupakan ahli gerakan Islam yang paling aktif. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah tinggi dan mahasiswa, siswazah universiti dan ahli professional muda iaitu kumpulan sosial yang paling mudah menerima ideology kebangkitan semula Islam. Maka, berlainan dengan anggapan biasa, kebanyakan pejuang Islam bukanlah tidak berpelajaran, kolot dan kera sumbang di dalam masyarakat tetapi sebenarnya mereka itu adalah orang yang terpelajar, sedang meningkat dalam masyarakat dan berhemah tinggi. Di Malaysia, mereka inilah yang menjadi tulang belakang kepada kebangkitan semula Islam.

DEFINISI TAJUK

Berdasarkan kepada tajuk yang tertera di atas maka PERANAN bolehlah kita definisikan sebagai fungsi dan tanggungjawab.Manakala MAHASISWA pula merupakan golongan pelajar peringkat tinggi yang menuntut di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan mahupun Swasta di dalam ataupun di luar negara, dalam pelbagai bidang ilmu. MEKANISME di sini lebih merujuk kepada makna cara-cara ataupun jalan atau kini lebih kerap digunakan oleh kalangan pimpinan persatuan pelajar dengan istilah Modus Operandi yakni kaedah atau methodology untuk mencapai satu-satu tujuan/hasrat . PEMANTAPAN pula bermakna pengukuhan. Manakala AQIDAH ditafsirkan sebagai suatu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang, pemikirannya, hatinya dengan satu keyakinan yang dengan itu maka kehidupannya menjadi satu kehidupan yang terarah dan terpimpin. Dalam konteks perbincangan kita pada hari ini aqidah yang kita katakan ini ialah merujuk kepada Aqidah Islamiyyah.Oleh yang demikian, kita ingin membicarakan tentang fungsi dan tanggungjawab generasi mahasiswa dalam membentuk modus operandi yang akan menatijahkan pengukuhan aqidah Islamiyyah di kalangan masyarakat Islam di negara kita.

A : PERANAN MAHASISWA DULU & SEKARANG

Mahasiswa Dulu ( Awal Tahun 70-an dan 80-an ) ;

1. Berlumba-lumba untuk menerokai bidang ilmu pengetahuan dan untuk meraih segulung ijazah yang ketika itu merupakan suatu perkara yang terlalu dibanggakan.

2. Belajar dengan tujuan untuk mendapat peluang pekerjaan yang baik dan daripada itu dapat mengecapi suatu bentuk kehidupan yang lebih luxury/ mewah.

3. Pembinaan diri lebih tertumpu kepada merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara yang definisinya terlalu dangkal.

4. Fokus perjuangan adalah lebih tertumpu dan ketara dalam bidang sosial yang berbentuk kebajikan masyarakat seperti nasib golongan miskin dan golongan mustadh’afin.

5. Hanya segelintir kecil jumlah pelajar yang terlibat dalam perjuangan sosial ini.

Mahasiswa Sekarang ( Tahun 90-an dan Alaf Baru ) ;

1. Mahasiswa berubah menjadi satu kumpulan yang mempunyai kuasa gelombang pengislahan di samping kekal mengutamakan tuntutan ilmu dalam pelbagai bidang pengajian.

2.Mahasiswa menjadi sebahagian daripada Golongan Pendesak ( frasa menurut pengajian ilmu politik ) atau mengikut bahasa biasanya lebih dikenali sebagai Golongan Pembangkang kepada kerajaan.

3.Mahasiswa menjadi Agen Pemantau yang berpendirian neutral tetapi memperjuangkan aqidah yang benar ( Aqidah Islamiyyah ).

4.Mahasiswa menjadi sebagai salah satu agen yang membangkitkan kesedaran masyarakat/ rakyat keseluruhannya terhadap segala bentuk penzaliman dan penyelewengan yang berlaku dalam ruang legar tangan-tangan rakus parti pemerintah ( BN era Mahathir ).

5.Melibatkan jumlah yang sebegitu besar..hampir kesemua mahasiswa muslim yang prihatin.


B : MAHASISWA & MASYARAKAT ( UMMAH ) : KAITAN DAN KEPENTINGANNYA….

Kaitan & Kepentingannya……….

1. Mahasiswa adalah asset masyarakat yang mempunyai kaitan timbal balik dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

2.Kedua-duanya merupakan entiti dalam membentuk sesebuah negara yang berdaulat.

C : KEPENTINGAN PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM MENENTUKAN SURVIVAL AQIDAH UMMAH

Penting kerana………..

1.Mahasiswa adalah golongan terpelajar yang mendapat tempat di hati dan di mata rakyat, menyebabkan apa jua tindakan mereka dianggap sebagai suatu tindakan rasional dan bijak.

2.Mahasiswa adalah golongan muda yang bertindak sebagai pelapis kepada pucuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Oleh yang demikian, mereka turut menyumbang kepada kelangsungan atau survival aqidah ummah.

3.Mahasiswa sebagai golongan yang celik ilmu dan bijak dalam menentukan apa jua keputusan berlandaskan kepada kebenaran.

4.Mahasiswa sebagai satu golongan yang masih bersih dan tidak tercemar daripada sebarang pengaruh budaya hidup yang negatif serta masih mudah untuk ‘dilentur’ .

5.Mahasiswa sebagai golongan yang mempunyai daya juang yang tinggi dan daya ketahanan mental dan fizikal yang mantap.

D : BENTUK SUMBANGAN YANG DAPAT DIBERIKAN OLEH GOLONGAN MAHASISWA YANG

TERPELAJAR BAGI MENJAMIN KESELAMATAN AQIDAH UMMAH

1.Mahasiswa mampu menyumbang daripada sudut penyebaran ilmu, memberi kefahaman dan tunjuk ajar ( praktikal ) dengan kaedah yang lebih sistematik dan mudah difahami berdasarkan kepada penggunaan methodology yang lebih ofistikated dan kaedah persembahan yang lebih menarik.

2.Mahasiswa boleh menyumbang daripada sudut penglibatan mereka dalam menentukan halatuju dan dasar bagi sesebuah kerajaan yang memerintah melalui tindakan sebagai Agen Pemantau dan sebagai sebahagian daripada Golongan Pendesak.

3.Mahasiswa boleh menjadi agen ummah ( agen masyarakat ) dalam mengenalpasti dan mencari jalan penyelesaian bagi perrmasalahan/ gejala murtad yang semakin kronik melanda ummat Islam.

4.Mahasiswa juga boleh menyumbang melalui sikap keprihatinan mereka dalam apa jua permasalahan lain yang melanda masyarakat yang sama ada secara langsung atau tidak langsung berkait dengan aqidah. Di samping menjadi ‘Intelligent Group’ yang membongkar rahsia dan memperolehi serta menyusun fakta-fakta penyelewengan parti pemerintah atau mana-mana individu atau pertubuhan yang dirasakan berkepentingan umum.

5.Mahasiswa menjadi model kepada golongan muda yang lain untuk menzahirkan personaliti individu muslim sebenar.

E : MAHASISWA SEBAGAI ASET PENTING NEGARA & PENENTU HALATUJU MASA DEPAN UMMAH

Mahasiswa yang merupakan golongan muda amat sesuai dianggap sebagai sebahagian daripada aset penting negara. Ini kerana mereka inilah yang akan meneruskan kesinambungan sesebuah pemerintahan bagi sesebuah negara. Mahasiswa yang beriman dan bertaqwa akan mampu membawa negara Malaysia menjadi sebuah negara yang dipenuhi barokah dan redha ALlah. Merekalah yang akan menentukan masa depan ummah sama ada menjadi satu ummah yang bertaqwa dan meneruskan hidup berlandaskan

hudud-hudud yang telah ditetapkan-Nya atau sebaliknya. Sesungguhnya, setiap yang bernyawa akan mati maka itulah janji ALlah kepada kita ummat manusia. Oleh yang demikian menjadi suatu kemestian bagi yang masih ada untuk meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan.

Inilah yang dimaksudkan oleh As Syahid Syed Qutb ketika menyatakan bahawa kita akan merasa sempit seandainya kita mengatakan bahawa perjuangan ini kitalah yang memulakan dan mengakhirkannya. Tetapi kita tidak akan merasa sempit apabila kita yakin dan percaya bahawa kita adalah penerus kepada satu-satu perjuangan. Ummah mahasiswa merupakan golongan yang akan tinggal dan ditinggalkan. Maka, oleh itu merekalah aset penting negara yang akan meneruskan pemerintahan dan pentadbiran negara dalam menjaga kepentingan ummah. Peranan ini tidak akan mampu mereka mainkan seandainya mereka tidak peka terhadap permasalahan negara dan rakyat seluruhnya. Keprihatinan wajar dimulakan daripada sekarang bagi
mempastikan mereka benar-benar ‘competent’ ( layak ) untuk mengambilalih tampuk pemerintahan yang ada sama ada mahu atau tidak. Itulah tanggungjawab kita sebagai ummat Islam yang merupakan khalifah ALlah di atas muka bumi ini.


F : PERLUNYA MAHASISWA SENSITIF TERHADAP KRISIS AQIDAH YANG BERLAKU DI MALAYSIA

TERUTAMANYA DI KALANGAN MAHASISWA SENDIRI & GOLONGAN UMUR PERTENGAHAN

Sejak akhir-akhir ini, kita mendapati betapa Krisis Aqidah yang berlaku di negara kita semakin menjadi-jadi. Permasalahan gejala murtad menjadi semakin kronik dan tiada tindakan yang sewajarnya daripada pihak pemerintah. Rang Undang-Undang berkenaan soal Murtad yang diperjuangkan oleh PAS ( melalui Tn Guru Abd. Hadi Awang ) dipandang sepi oleh pihak pemerintah di dalam Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen. Sedangkan pada masa yang sama, terdapat sebegitu banyak fakta murtad yang begitu menggerunkan kita ummat Islam. Seperi contoh :-

1. Mufti WP iaitu Datuk Hashim Yahya mendedahkan bahawa seramai 3000 orang telah memohon untuk keluar daripada Islam di Kuala Lumpur.

2. Merujuk kepada bancian tahun 1980, daripada 6.1 juta orang Melayu di Sem. M’sia….seramai….

• 4,766 orang Melayu menganut Kristian ;

• 522 orang Melayu menganut Hindu ;

• 746 orang Melayu menganut Buddha dan

• 456 orang yang masuk Islam kembali menganut agama Confucianisme dan Taoisma.

3. Contoh kes……..

• Kes Suzie Teoh dan Jassiza Zurich ( 1988 ) ;

• Kes Norbaizura Abdullah ( 1990 ) ;

• Kes Hartina Kamaruddin dan Nor Aisyah Bokhari ( 1997 ).

4. Contoh Cakap-cakap Pemimpin UMNO-BN yang mengundang kemurtadan……

• “ Negara akan huru-hara jika undang-undang Islam dilaksanakan.” ( Najib Tun Razak ) ;

• “ PAS tidak akan melaksanakan hukum hudud kerana ia jelas bertentangan dengan  Perlembagaan Lord Reid.” ( Syed Hamid Albar ) ;

• “ Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.” ( Mahathir Mohamad ), etc.

5. Mubaligh kristian mengembangkan pengaruhnya di sekolah-sekolah dan IPTT & IPTS….

• Beberapa buah sekolah telah dikenalpasti menjadi sasaran. Contohnya di SMK Alma Jaya dan SMK Guar

Perahu di Bukit Mertajam dan SMK Penanti di Permatang Pauh, Seberang Perai Pulau Pinang. Ramai pelajar telah menjadi mangsa murtad. Ada yang tidak lagi pulang ke rumah kerana sedang mengikuti pengajian untuk menjadi paderi.

• Semua IPTT & IPTS telah menjadi sasaran dan di setiap tempat tersebut telah ada yang berjaya dimurtadkan.

6. Golongan pertengahan umur…..diberikan ganjaran/ habuan…. ( Contoh kes ialah di Pusat Pemurtadan bertempat di

Bangunan The SUMMIT – aras 2, kaw. Bukit Mertajam SP, P. Pinang )

• RM 50 untuk ambil dan tandatangan borang ( pemurtadan ) ;

• RM 500 untuk buat tattoo salib di badan ;

• RM 1000 untuk pakai rantai salib.

7. Beberapa tindakan kerajaan Malaysia yang menimbulkan keraguan….

• 1997…Malaysia di bawah Mahathir menjemput Pasukan Kriket Israel menyertai Kejohanan Kriket di Kuala Lumpur. Beberapa pemimpin Islam ditangkap ekoran demonstrasi membantah kemasukan tersebut ;

• Kementerian Pendidikan Malaysia menghantar surat pekeliling kepada setiap IPT supaya menggalakkan

siswa/i tempatan berhubung dan berkenalan dengan siswa/i Israel melalui Internet ;

• Mahathir mengucapkan tahniah kepada Ehud Barak apabila berjaya menjadi PM yang baru bagi entiti haram Israel ; etc.

RUMUSAN/ KESIMPULAN

Daripada apa yang telah dinyatakan itu tadi maka jelaslah kepada kita akan peranan dan kepentingan ummah mahasiswa dalam membentuk mekanisme pemantapan aqidah ummah. Seluruh saf kepimpinan PAS di semua peringkat sedar akan hakikat ini. Oleh yang demikian adalah menjadi harapan kami agar golongan ini dapat memainkan peranan dan fungsi tersebut. Kemenangan Gerakan Islam di Malaysia dalam Pilihanraya Umum ke – 10 baru-baru ini turut banyak dibantu oleh golongan ini. Sehinggakan salah seorang daripada kepimpinan UMNO-BN iaitu Rafidah Abd. Aziz tanpa rasa malu dan bersalah menyatakan bahawa
kemenangan Barisan Alternatif ( BA ) adalah kerana Golongan Mahasiswa menyokong dan membantu kita. Itulah hakikat kekuatan ledakan dan gelombang para mahasiswa. Kita yakin dan percaya, insyaALlah bahawa golongan ini merupakan aset yang begitu penting dan cukup berharga kepada perjuangan Islam khususnya dan negara amnya.

Disediakan Untuk,

BERBAKTI KEPADA AYAH BONDA

BERBAKTI KEPADA AYAH BONDA

Ustaz Muhammad kelihatan tenang melangkah masuk ke tingkatan Satu Mulia. Pelajar-pelajar bersedia menanti kedatangan guru yang mereka sayangi kerana merasakan Ustaz Muhammad banyak mengambil berat tentang diri mereka samada mengenai solat, ibadat malahan perkembangan sahsiah mereka sendiri.

Ustaz Muhammad “ Assalamualaikum pelajar-pelajar semua”.

Pelajar-Pelajar “ Waalaikumussalam warahmatullah ustaz”.

Ustaz Muhammad : Ahmad baca doa mula belajar

Ahmad membaca doa, pelajar-pelajar lain mengaminkannya.

Selepas membaca doa memulakan pelajaran ustaz Muhammad bertanya :

Ustaz Muhammad. “ Siapakah diantara kamu yang bersalaman dengan ibu bapa sebelum datang ke sekolah hari ini?”


“ Saya Ustaz”, 20 daripada 25 pelajar menjawab dengan suara yang lantang.

Ustaz : “ Siapa sayang kepada kedua ibu bapa?”

Pelajar: “Saya ustaz” serentak 25 pelajar daripada kelas itu mengangkat tangan dan menjawab dengan lantang

Ustaz: “Alhamdulillah inilah sepatutnya sikap anak yang baik dan soleh” .

Ustaz: “InsyaAllah hari ini kita akan belajar tajuk Berbakti Kepada Ayah Bonda”.

Ustaz: “Fahmi! apa yang awak faham makna berbakti kepada kedua ibubapa?”.

Fahmi :”Berbakti kepada ibubapa bermaksud berbuat baik kepada mereka semasa mereka masih hidup atau mati”.

Ustaz : Fatimah, apa dalil al-Quran seseorang anak itu wajib berbuat baik kedua ibu bapa.

Fatimah: Dalilnya ialah ( Surah al-Isra’ ayat 23 ) : yang bermaksud:

“ Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadap kedua ibu bapa, jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sekalipun perkatan “Uf” dan janganlah engkau menengking mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”.

(Surah Luqman – ayat 14): maksudnya :
“Dan kami (ALLah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya . Ibunya telah mengandungnya demi menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempuh menceraikan penyusuannya selama dua tahun , bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu.”

Ustaz: “Bagus Fatimah”

Aminah : “ Ustaz, bagaimana cara kita berbakti kepada kedua ibu bapa?”

Ustaz : “Bagaimana pandangan anda Yusuf?”

Yusuf : Antaranya ustaz , ialah :

* Mentaati perintahnya kecuali perkara maksiat

* Sentiasa berbincang dan meminta izin untuk melakukan sesuatu

* Menjaga makan minum mereka setelah mereka tua

* Belajar bersungguh-sungguh

* Tidak melakukan apa yang dibencinya

* Sentiasa menolong nya didalam melakukan pekerjaan

* Sentiasa mendoakan kesejahteraan keduanya

* bercakap secara lemah lembut dan tidak meninggikan suara

* Tidak melukai hati mereka

* Tidak mengganggu mereka
    >semasa bercakap,
    >berbual-bual,
    >semasa tidur
    >bekerja/ sibuk urusan peribadi
    >makan minum
    >berihat
* Sentiasa mentaati Allah dan RasulNya
* Menyahut panggilannya
* Menjaga maruah kehormatan diri dan keluarga.

Ustaz : “Bagus Yusuf .Itu tanda anak yang soleh”.

Ustaz : “Mohammad Lutpi, kenapa kita wajib berbuat baik kepada ayahbonda?”

Mohammad Lutpi : Kepada ibu kerana :

* ibu mengandung kita

* ibu menanggung kesengsaan ketika mengandung

* Ia melahirkan kita

* Menyusu kita

* Mengasuh dan mendidik kita

* Memberi kasih sayang

* Menjaga kita sehingga besar

Ustaz : “Bagus, bagaimana pula dengan ayah wahai Saudah?”

Saudah: Kepada bapa kerana:

Bekerja mencari rezki

Memberikan perbelanjaan makanan, pakaian dan perbelanjaan sekolah kita

Memberikan kasih sayang

Memberikan perlindungan kepada kita

Sentiasa mendorong kita untuk belajar

Ustaz : “Alhamdulillah”.

Ali : “Ustaz, bagaimana pula kita perlu beradab kepada ayah bonda kita?”

Ustaz : Adab-Adab dengan ibu bapa antaranya:

* Berbicara dengan lemah lembut

* Sentiasa menghormatinya seperti bangun ketika ia masuk

* Menciumnya pagi ,petang atau tertentu sepeti Hari Raya

* Mengucap tahniah/beri hadiah seperti hari ibu, ulangtahun dan lain-lain

* Menjaga nama , kehormatan dan harta benda mereka

* memuliakan tetamu/kawan mereka

* sentiasa meminta dan memberi pandangan yang baik

* Sentiasa mengembirakan hati mereka

* Tidak meninggikan suara/menengking

* Tidak memotang percakapannya

* Tidak memakan/ meminum makanan /minuman kecuali selepas atau makan bersamanya.

* Tidak tidur /berbaring dihadapannya

* Tidak berjalan mendahului mereka

* Tidak memasuki bilik mereka tanpa izin

* Sentiasa mendoakan mereka

Ustaz : “Adakah anda semua melakukan adab tersebut. Kalau belum beradablah ya!!!,

“Bagaimana pula seseorang itu dikatakan anak yang durhaka dan sebutkan ciri-cirinya?” . “Bagaimana pandangan anda Naimah ?”

Naimah : “Derhaka kepada ayahbonda bermaksud – Seseorang anak melakukan maksiat/ Dosa kecil atau besar dan tidak menunaikan hak dan tanggungjawabnya yang sebenar”.

Contohnya ustaz

* Memandang kepada mereka dengan pandangan hina ketika marah / mencaci

* Menganggapkan dirinya setaraf /lebik baik daripada orang tuanya

* Enggan menghormati ibubapa / Bangga diri

* Malu menyebut nama ayah bonda / Malu mengaku ayahbondanya ( ketika berpangkat / Kelurgnya miskin atau pedalaman)

* Enggan menyara kehidupan mereka di kala tua

* Menengking mereka/ Meninggikan suara

* Membantah percakapan mereka

* Menggunakan bahasa kasar/ tidak bersopan seperti aku- engkau – bodoh

Ustaz : “Luqman ,apakah balasan terhadap orang yang menderhaka kepada ayah bondanya”

Luqman : Akibatnya ialah :

Berdosa besar

Tidak berbau syurga sebagaimana hadis Nabi bermaksud : “Tiga orang yang diharamkan Allah masuk ke Syurga iaitu Tahi arak, pendurhaka kepada kedua ibu bapa dan dayus yang membiarkan isterinya melakukan perkara keji”

* Dipercepatkan pembalasannya di dunia lagi contohnya Al-Qamah yang tidak boleh mengucap ketika Nazak

* Tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya

* Dibenci oleh masyarakat


Ustaz : “Fakhruddin , mengapa berlakunya perbuatan derhaka kepada kedua ibubapa.”

Fakruddin : “Antara sebab-sebabnya ialah”

 Kurang ilmu pengetahuan

 Kurang keimanan

 Lupa balasan Allah

 Angkuh, riak dan sebagainya

Ustaz : “Alhamdullah semua pelajar faham betul cara berbakti kepada ayah bonda. Berbahagialah ayahbonda yang mempunyai anak-anak seperti kamu semua.

Pelajar-Pelajar : “Insyaallah ustaz, kami ingin menjadi “ Qurratal-a’yun” kepada ibubapa kami, mendoakan kesejahteraan mereka samada masa hidup atau selepas mati mereka”.

Ustaz : Oh!!! Siapa di antara kamu yang pernah mendengar atau membaca atau memiliki buku-buku atau majalah yang menceritakan tentang sejarah cerita-cerita yang berhubung dengan kelebihan atau contoh-contoh anak yang soleh, atau sifat-sifat berbakti kepada kedua ibu bapa atau orang-orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya.

Kamaruzzaman : Ustaz , saya ada terbaca cerita mengenai nikmat kurniaan Allah kepada seorang pemuda yang hidup di zaman Nabi Ibrahim as. Ceritanya panjang ustaz, tetapi saya ringkas lebih kurang begini . “ Seorang pemuda yang berbuat baik dan sangat mengambil berat terhadap ibubapnya . Apabila bapanya meninggal ia menjaga ibunya sehingga tua . Ia melayan ibunya sepertimana ibunya melayan beliau semasa kecil. Ia memandikan ibunya, menyuapkan makan ibunya serta sentiasa mendoakan kesejahteraan ibunya. Ibunya juga sentiasa mendoakan kepada Allah selepas matinya nanti anaknya dikurniakan ketenangan dan memberikan sebuah tempat yang bukan di dunia dan di langit.”

Doa ibunya dimakbulkan Allah , di mana pemuda tersebut telah dikurniakan nikmat hidup di suatu alam lain yang sangat fantasi. Pemuda ini dijumpai di zaman Nabi Sulaiman as”. Cerita lanjut boleh sahabat-sahabar baca cerita tersebut di dalam buku Himpunan cerita wanita dan laki-laki dlam al-Quran dan al-Hadis di bawah tajuk Kisah Nabi Sulaiman dengan pemuda yang berbakti kepada ibubapa.”

Ustaz : “ Bagaimana pula contoh orang yang derhaka kepada ibubapa Salwa?”

Salwa : “ Kita boleh ambil contoh perisiwa yang masyhur di zaman Rasulullah tentang al-Qamah yang tidak dapat mengucap sewaktu nazak kerana tidak mendapat keredhaan daripada ibunya. Al-Qamah melebihkan isterinya sehingga ibunya merasa hati dan tidak memaafkannya…..ceritanya panjang ustaz. Saya rasa kawan-kawan telah mendengar kisah ini sebelum ini.

Ustaz: “Baiklah anak-anak pelajar semua. Kita ambil contoh daripada cerita-cerita tadi sebagai pengajaran dalam kehidupan kita. Jadilah kita anak yang taat semuga kehidupan kita mendapat keberkatan daripada Allah samada di dunia mahupun di akhirat.Kita perlu sedar bahawa keredhaan Allah berdasarkan keredhaan ibu bapa kepada kita sabagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud

“Keredhaan Allah adalah bergantung kepada keredhaan ibu bapa kepada kita”

Masa pun dah habis. Pelajaran kita sampai di sini hari ini. Insya Allah berjumpa lagi besok.

Ustaz: “Assalamualaikum warahmatullah wabarakaatuh”

Pelajar: “Waalaikumussalam warahmatullah wa barakatuh.”

12 AZAB MENINGGALKAN SEMBAHYANG

12 AZAB MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Dalam sebuah hadis menerangkan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

TANDA-TANDA KIAMAT

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa A.S
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Pengikut

Template by : kendhin x-template.blogspot.com