Ahad, 6 Disember 2009

Peringatan Buat Saudariku

PERINGATAN BUAT SAUDARIKU...

Assalamualaikum ,…


Saudariku,…

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik , tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman –taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , haruman aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun ,..tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar ,dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ,… tapi awas durinya yang melingkar bisa membuat sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya …..

Saudariku ,…


Aku suka kiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah , Bentengalah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah …Hiasilah dirimu dengan titisan wudhuk ,..ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah ia tidak akan melihat pada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya . Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah … umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umumdengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup ….sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah ,..wanita solehah yang patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam …..

Namun …..ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis mudamu mencabar rasa keimanan yang ada …Namun ingatlah saudariku … sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan –jalan kearah itu , yang penting gadisku engkau mesti mempunyai azam , usaha dan istiqomah ….

Saudariku ….

Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. … Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tiada lagi perisai yang dapat membentengimu … Sesungguhnya Nabi bersabda tentang bahaya dirimu ,sabdanya…"Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari wanita "……


Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah ,jangan biarkan orang lain mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu ….sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam …

Kau harapan ummah dalam melahirkan mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu …

Saudariku …

Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi ,itulah fitrah semulajadi setiap insani ,..namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta Bercinta itu tidak salah tetapi memuja cinta itu salah , keran cinta manusia sanggup menjual agama da kerana cinta maruah tergadai .Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta …..

Benarlah sabda Rasululah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta " cinta itu mampu membutakan mata dan hati dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT …..

Sebelum kau menndekati cinta ,cintailah dirimu terlebih dahulu ,mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,yang berasal daripada setitis air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentikan yang direncanakan oleh Allah SWT ….

Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap-Nya dan timbul rasa cinta dan kasih penciptamu …..

Saudariku ….

Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatinya diserah kepada Allah SWT sudah pasti ia akan bertaut kembali ….. Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu …..

Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat .Buat akhirnya terimalah kata-kata ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama ;

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan ,kerana ia tidak kekal cintakan manusia seringkali membuatkan seseorang itu gagal ,kecewa , menderita dan terseksa oleh itu tidak ada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri ".

Pengikut

Template by : kendhin x-template.blogspot.com