Jumaat, 9 Oktober 2009

DIARY KEMATIAN

Dalam kehidupan, banyak perkara yang perlu dan wajib kita fikirkan. Tentunya setiap satu minit dalam kehidupan menuntut untuk kita berfikir.

Golongan pekerja letih dengan kerja dipejabat, para pelajar disekolah dan university pula sibuk dengan kerja sekolah dan assignment yang tak putus-putus. Bahkan yang tidak bekerja juga masih berfikir.Ya, berfikir bagaimana untuk meneruskan kehidupan.

Tapi sedar atau tidak bahawa kita sering double standart terhadap pemikiran kita sendiri? Mengapa saya kata begitu? Kerana kita tidak akan lepas dari berfikir tentang hari semalam dan esok.

Ya, hari esok. Tapi bukan esok yang melangkaui pemikiran. Bukan esok yang sepatutnya esok. Kerana yang kita wajib fikirkan adalah esok yang takkan ada esoknya selepasnya iaitu hari kematian, kebangkitan, dihisab dan lain-lain.

Sahabat, mati itu pasti..

Mati..satu natijah!

Ya, mati itu adalah satu natijah. Natijah dari kehidupan yang sementara. Yang takkan ada lagi peluang kedua untuk memperbaiki apa yang sudah kita lakukan pada sepanjang kehidupan.

Sejak kecil saya tidak diajar dengan kehidupan ber’diary’, kecuali semasa berada di tingkatan 5.

Hingga hari ini saya pasti akan tersenyum sendiri dengan kehidupan semalam .Bergurau senda dengan sahabat, bertegang urat dengan sahabat, tidak puas hati dengan guru dan bermacam-macam lagi.

Tapi malangnya disitu saya tidak mencatit tentang dosa semalam yang sudah saya lakukan. Hutang-hutang semalam yang belum saya langsaikan. Saya andaikan adalah lebih baik untuk saya bercerita tentang dosa-dosa saya dan hutang saya yang belum beres didalam diary itu.

Oleh itu, fikiran saya mendesak agar menyediakan satu diary untuk muhasabah diri sendiri. Saya akui bahawa para sahabat dan para imam kita tidak menulis dosa pada lembaran-lembaran kertas. Tapi kita perlu tahu bahawa kita bukan mereka. Iman kita juga tidak setanding mereka.

Oleh itu sedikit sebanyak ia memberitahu kita bahawa ‘ kamu!sungguh banyak dosa dan hutang serta amalan yang belum dilangsaikan!’

Sekurang-kurangnya kita akan berfikir dan mengetahui akan dosa pahala diri kita sendiri. Itu adalah lebih baik daripada tidak sedar akan keburukan yang sudah kita lakukan.

Sahabat…sediakan satu diary untuk kita menulis dan mencatit amal kita seharian. Yang lompang harus diisi dengan kebaikan dan tutuplah lubang-lubang kejahatan kita sebagai manusia.

Jangan dipersalahkan kemanusiaan itu kerana bersikap lemah kerana Allah sudah menghantar para Rasul untuk mengajar kita semua agar menjadi manusia yang sebenarnya manusia.

Ya,manusia yang bersifat hamba!






Pengikut

Template by : kendhin x-template.blogspot.com