Sabtu, 7 November 2009

alam cakerawala

alam cakerawala

Kejadian Langit

a.Saintis masih lagi tidak dapat mencari jawapan dengan tepat mengenai struktur binaan langit. Dalam Al-Quran, Allah menjelaskan tentang kejadian langit dengan berbagai pengertian:

i. Awan yang mengandungi air, contohnya surah Al-Baqarah ayat 22 menjelaskan bahawa hujan turun  dari  langit.
ii. Ruang udara (angkasa), contohnya surah an-Nahl ayat 79 yang menceritakan burung-burung terbang di angkasa langit.
iii. Orbit bintang-bintang dan planet-planet, contohnya surah Al-Hajr ayat 16 yang menjelaskan Allah menjadikan gugusan bintang-bintang di langit (orbit).
iv. Langit yang mmpunyai tujuh lapisan, cnthnya dlm surah Al-Mulk ayat 3.

b.Dalam surah Al-Anbiya' ayat 30, Allah menjelaskan bahawa bumi dan langit itu bersepadu pada mulanya dan kemudian dipisahkan. Bagaimana ia terjadi hanyalah di dalam pengetahuan Allah.

Matahari Dan Planet


a. Matahari merupakan sebuah bebola gas yang memancarkan cahaya dan haba sama seperti bintang-bintang. Kita hanya dapat melihat matahari pada waktu siang kerana kedudukan nya yang hampir dengan bumi.

i. Matahari ialah satu daripada bintang-bintang yang termasuk dalam kumpulan galaksi atau pulau-pulau cakerawala.

ii. Terdapat sembilan buah planet beredar mengelilingi matahari.Sistem ini dipanggil cakerasuria.

b.Planet adalah salah satu cakerasuria ciptaan Allah yang bergerak mengelilingi matahari mengikut paksi masing-masing.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila planet-planet jatuh berserakan". Surah Al-Infitaar : ayat 2

c. Planet beredar mengelilingi matahari mengikut haluan tertentu yang dipanggil orbit, beredar dari timur ke barat dengan jarak-jarak peredaran yang berbeza.

d. Terdapat sembilan planet yang beredar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing dalam sistem cakerasuria. Planet-planet tersebut ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Waruna dan Pluto.

Kejadian Bulan

a. Firman Allah yang bermaksud: " dan telah Kami tetapkan bagi bulan itu manazil (peringkat) sehingga kembali semula seperti tandan yang kering (melengkung)". Surah Yasin : ayat 39

b. Bulan juga merupakan salah sebuah cakerawala yang berbentuk bola yang besar yang beredar mengelilingi bumi. Peredarannya menjadi asas pengiraan takwim (kalendar) Islam.

c. Dalam surah Yasin ayat 39, Allah menjelaskan bahawa bulan mempunyai manazil, iaitu peringkat-peringkat dari anak bulan sehingga bulan purnama dan kembali semula kebentuk anak bulan.

d. Planet-planet lain juga mempunyai bulannya tersendiri. Contohnya,Musytari atau Jupiter mempunyai empat bulan dan planet Uranus mempunyai lima bulan.

Bintang-Bintang

a. Firman Allah yang bermaksud: "Dan Dia (Allah) menundukkan malam dan siang,matahari dan bulan dan bintang (ditundukkan) untukmu dengan perintahNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu sebagai tanda bagi kaum yang memahami". Surah An-Nahl : ayat 12

b. Seperti matahari, semua bintang mengeluarkan cahaya dan kepanasan yang tertentu. Saiz dan kadar kepanasan bintang jika di bandingkan dengan matahari adalah tidak sama antara satu sama lain. Ada yang lebih panas dan ada yang lebih sejuk begitu jua dengan saiz-saiz mereka.

Malam dan Siang

a. Firman Allah yang bermaksud: " demi malam, apabila ia menutupi (cahaya siang) dan siang apabila ia terang-benderang". Surah Al-Lail : ayat 1 - 2

b. Kejadian siang dan malam adalah disebabkan oleh bumi yang berputar pada paksinya yang dipanggil paksi bumi. Apabila bumi berputar, sebahagian daripadanya akan terdedah kepada cahaya matahari dan keadaan menjadi siang dan sebahagian yang terdedah mengujudkan suasana malam.

c. Di setengah-setengah tempat yang mengalami empat musim, waktu siang bagi musim sejuk dan panas adalah berbeza panjang masanya disebabkan paksi bumi yang condong 23 ½ darjah, tidak tegap seperti gasing.

Angin dan Awan

a. Firman Allah yang bermaksud: "Allah, Dialah yang mengirimkan angin lalu menggerakkan awan langsung (Allah) membentangkan di langit betapa yang Ia kehendaki dan Ia menjadikan awan itu bergumpal-gumpal lalu kamu lihat titik-titik hujan turun dari celah-celahnya. Apabila hujan itu menimpa hamba-hambaNya yang Ia kehendaki mereka menjadi gembira". Surah Al-Rum : ayat 48

b. Angin ialah udara yang bergerak disebabkan faktor perubahan suhu. Udara ini bergerak dari kawasan bertekanan tinggi ke kawasan bertekanan rendah.

c. Terjadinya awan adalah disebabkan oleh proses peluwapan, iaitu proses pertukaran dari gas kepada cecair.

d. Apabila udara bumi panas, ia menjadi ringan dan naik ke atas sementara udara sejuk yang lebih berat akan turun ke bawah.

e. Udara panas mengandungi wap air (gas-gas) yang tersejat daripada tumbuh-tumbuhan, binatang, manusia dan air di atas permukaan bumi.

f. Apabila udara ini menyejuk, gas akan terluap ke atas menjadi titik-titik air yang berkumpul. Fenomena ini lah yang menyebabkan terjadinya awan.

Guruh dan Kilat

a. Firman Allah yang bermaksud: "atau seperti (ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap-gelita, guruh dan kilat, mereka menyumbat telinga dengan jari mereka kerana (takutkan) petir seperti takut mati. Allah Maha meliputi (pengetahuanNya) dengan orang-orang kafir hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka.Setiap kali kilat itu menerangi mereka, berjalan dalam terang itu dan apabila gelap mereka berhenti". Surah Al-Baqarah : ayat 19 hingga 20

b. Guruh terjadi disebabkan oleh pengembangan udara yang kuat akibat daripada kepanasan kilat yang sangat tinggi.Tindak balas cas-cas positif dan negatif dalam udara menyebabkan berlakunya kilat.

c. Allah menjelaskan bahawa guruh itu bersuara memuji Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Dialah Tuhan yang memperlihatkan kepadamu kilat untuk menimbulkan rasa ketakutan dan harapan dan Dia mengadakan awan mendung dan guruh bertasbih memuji-muji Allah, (begitu juga) para malaikat kerana takut kepadaNya dan Allah melepaskan halilintar (petir) lalu mengenakan kepada sesiapa yang Ia kehendaki, namun mereka berbantah-bantah tentang Allah, Dialah Tuhan yang Maha Keras seksaanNya". Surah Ar-Rad

Kabus dan Asap

a. Firman Allah yang bermaksud: "Tunggulah hari apabila langit membawakan asap/kabus yang nyata". Surah Al-Dukhaan : ayat 10

b. Kabus dalam ayat di atas membawa maksud seksaan yang di turunkan ke atas umat manusia yang ingkar terhadap perintah Allah, seksaan itu yang diibaratkan sebagai kabus atau asap.

c. Kabus ialah air yang terpeluwap dekat dengan permukaan bumi. Pada waktu malam suhu biasanya turun dan udara lembab terpeluwap menjadi titik-titik air yang halus. Bila terbit matahari, titik air itu akan kering. Kabus yang kekal buat beberapa lama itu terjadi disebabkan udara lembab yang panas bertiup ke atas kawasan yang lebih sejuk.

BURUJ

a. Firman Allah yang bermaksud: "Demi langit itu yang mempunyai buruj" Surah Al-Buruj : ayat 1

b. Buruj ialah kumpulan 12 bintang yang membentuk latar belakang bagi pergerakan bulan, matahari dan planet. Buruj juga dikenali sebagai zodiak, iaitu 12 bintang yang bergerak berkeliling.

c. Oleh itu perkataan 'Al-Sama' dalam Surah Al-Buruj ayat 1 bolehlah dimaksudkan sebagai cakerasuria yang mempunyai buruj, iaitu dua belas bintang yang beredar mengelilinginya.








 

Pengikut

Template by : kendhin x-template.blogspot.com