VIRUS SIRCAM SERANG PENSYARAH & PELAJAR
Virus yang dihantar melalui email akan mengimbas kandungan sistem komputer pengguna sebelum menghantar 8,000 salinan setiap fail dokumen jenis
Siasatan PERMAI ONLINE bersama Lujnah I.T. dan Penerbitan PERMAI, mendapati ancaman virus itu masih berleluasa kerana kami masih menerima banyak e-mel dengan virus berkenaan setiap hari, walaupun pelbagai usaha, termasuk menapis e-mel dilakukan bagi menghalang virus berkenaan.
Akhbar-akhbar tempatan untuk beberapa hari telah pun menyiarkan perkembangan terkini berhubung dengan serangan virus berkenaan.
Pihak PERMAI ONLINE merasa kecewa kerana pihak Callcentre (CRM) dari United Multimedia Sdn Bhd (UMM) yang bertanggungjawab di dalam hal-ehwal kendalian dan penyelanggaraan komputer UNITAR tidak mengeluarkan sebarang maklumat, pengumuman atau amaran mengenai kewujudan virus-virus berkenaan yang telah tersebar secara menyeluruh.
Walau bagaimanapun “announcement” tersebut bukan dari CRM sendirI tetapi sebaliknya hanya mem"forward"kan email yang dihantar oleh Puan Yuszniza sendiri dan ianya pula terlewat sampai kepada mahasiswa/i. Beberapa orang pelajar telah pun mengadu kepada PERMAI ONLINE bahawa sistem operasi komputer mereka musnah akibat serangan virus berkenaan.
“Damage has been done,” keluh seorang mahasiswa dan beliau hairan bagaimana UMM tidak mengambil langkah berjaga-jaga sehingga virus berkenaan boleh tersebar di dalam rangkaian sistem komputer UNITAR yang kemudiannya menyusahkan mahasiswa dan para pensyarah pula.
PERMAI ONLINE difahamkan berpuluh-puluh pelajar telah menjadi mangsa serangan virus berkenaan dan akibat daripadanya komputer-komputer mereka terpaksa diformatkan semula keseluruhannya.
Kesemua data-data dan nota pelajaran yang tersimpan di dalam komputer milik pelajar berkenaan telah musnah samasekali apabila diformat dan ini menimbulkan kesusahan dan kekesalan yang amat sangat kepada pelajar terbabit yang kebanyakannya bergantung kepada nota-nota yang dibekalkan oleh pensyarah-pensyarah di universiti maya ini.
SirCam yang dikategorikan sebagai virus komputer jenis worm, dikenal pasti sejak 17 Julai lalu. Virus sama yang turut dikenali sebagai W32.Sircam dan W32/SirCam, kini dikategorikan sebagai berisiko tinggi oleh syarikat antivirus antarabangsa berikutan kesan serangan yang menyeluruh. Virus itu mempunyai keupayaan menghasilkan salinan fail dan menghantar kepada penerima lain secara automatik.
Penerima yang membuka e-mel yang dicemari virus itu akan diserang, sekali gus menyebabkan 8,000 salinan fail dalam sistem mangsa disebarkan kepada orang lain.
Para mahasiswa di minta berhati-hati semasa menerima email-email yang mengandungi “attachment file”. Lazimnya email-email tersebut mengandungi perkataan-perkataan berikut:
_____________________________________
Hi! How are you?I send you this file in order to have your advice
See you later. Thanks